Saturday, 6 April 2013

Ops Israel : Hacktivism kini menjadi Aktivisme


Pada tarikh 7 April 2013, bermulanya operasi anonymous daripada seluruh dunia yang menjadikan aktiviti hacktivisme menjadi sebahagian daripada aktivisme untuk menunjukkan sokongan kepada warga palestin.
Walausiapaun kamu semua, tapi aku tahu kita mempunyai hati yang sama dan kita turut sama terluka apabila ada diantara kita yang disakiti.
   

         Serangan internet besar-besaran seperti ini pasti akan menimbulkan keresahan kepada Israel kerana internet kini sudah menjadi seperti sebahagian daripada kehidupan hampir keseluruhan manusia diseluruh dunia. Sebarang kebocoran dan sebarang infiltration melalui internet untuk mengawalnya pasti akan menjejaskan mereka yang menggunakannya.

         Serangan kali ini adalah serangan terbesar seumpamanya yang pernah dilancarkan. Dipercayai pelbagai kumpulan daripada seluruh dunia menyertai operasi kali ini. Mengikut pemerhatian penulis, penulis dapat lihat jika sebelum ini, antara hackitivist yang pernah melancarkan serangan siber ini kebanyakkannya adalah hacktivist daripada asia barat dan daripada negara umat Islam seperti Turki, Tunisia, Palestine, Indonesia malah daripada Malaysia juga. Tetapi untuk operasi kali ini, penulis dapat melihat keterlibatan hacktivist daripada negara-negara bukan Islam seperti Amerika Syarikat, Spain dan negara-negara lain seperti Argentina yang dilaporkan telah meng'hijack' beberapa laman web milik kerajaan Israel dan meletakkan mp3 al-quran untuk menjadi halwa telinga mereka.

         Page-page di Hacktivism dan yang berkaitan dengan solidariti masyarakat dunia juga kini menjadi menjadi tumpuan warga internet seluruh dunia yang menyambut dengan tangan terbuka dan mendokong perjuangan yang digelar oleh sebahagian hacktivist sebagai "Hacktinfada" ini.



Antara group Hacktivist yang turut serta


p/s: Aku melihat  kesatuan umat manusia bersatu menentang kezaliman.


Tuesday, 2 April 2013

Palestine, Anonymous dan Revolusi Anonymous



Pada hari selasa (2 April 2013).. Palestine berdarah kembali. Israel sekali lagi melanggar gencatan senjata yang dimeterai selepas tamatnya perang lapan hari yang bermula pada 14 November 2012  selepas pembunuhan Komander Hamas Ahmed Al-Jabari. Mereka merancang, tetapi mereka lupa bahawa Allah juga merancang.

          Perang Lapan hari atau dikenali sebgai Operation Pillar of Defense yang diumumkan melalui Twitter rasmi Israel Defense Force (IDF) adalah perang pertama seumpanya yang pernah diumumkan secara rasmi di Twitter. Menggunakan "Self-Defense" sebagai alasan untuk meraih simpati penduduk dunia, Israel sendiri pada hakikatnya telah menafikan hak penduduk Palestine untuk melindungi diri. Komander As-syahid Ahmed al-jabari telah dibunuh tanpa bicara dengan cara assasination yang ternyata melanggar hak asasi dan waras akal seorang manusia yang bertamadun. Ini belum dikira lagi kanak-kanak dan wanita-wanita yang syahid dan tercedera sepanjang episod penjarahan negara Palestin.

          Jika dahulu penduduk dunia ramai yang memihak kepada Israel disebabkan 'misinformation' yang disuapkan kepada mereka, sekarang pola keadaan dilihat semakin berubah apabila kuasa individu bersatu sudah mula kelihatan mencabar kuasa Tyranny dan Corporation yang selama ini menindas dan memanipulasi pemikiran seluruh warga marhaen dunia hasil daripada aduanan prinsip sekularisme yang didokong oleh gerakan yahudi antarabangsa dan diproksikanoleh Amerika Syarikat.

         Mereka yang bangkit bukanlah sesiapa.  Mereka cuma adalah golongan terendah dalam sistem kasta yang diwujudkan oleh kumpulan illuminati. Mereka adalah hamba kepada Corporation dan Sistem. Tetapi mereka kini bukan lagi hamba kepada sistem dan manusia. Mereka adalah golongan mahasiswa. Mereka adalah golongan internet. Mereka adalah golongan marhean. Jadi siapakah mereka? Mereka pada hakikatnya adalah kita sendiri. Kita sudah mula bertindak untuk berfikir dan memahami realiti.

          Mereka adalah golongan 99% yang mendiami dunia ini dan kini mereka mula mengetahui bahawa dunia sebenarnya bukan milik mereka. Dunia sebenarnya diatur untuk memnuhi kehendak golongan 1% yang menindas.


         Mereka juga adalah anonymous. V for Vendetta adalah sebagai simbol dan idea. Dan mereka kini giat mempromosikan keamanan dan kesedaran melalui laman sesawang dan laman sosial. Sesetengah mereka menjadi hacker atau penggodam dan bertindak menggodam laman sesawang yang dimiliki oleh sesebuah negara atau pun corporation untuk menunjukkan solidariti dan pandangan mereka dalam satu bentuk yang memberi pengajaran.
       
         Mereka adalah anonymous. Mereka ada dimana-mana. Mereka mengkaji. Dan ramai daripada mereka menyokong Palestine dalam menghadapi penjajahan oleh Israel. Mereka terdiri daripada pelbagai manusia berlainanan latar belakang. Berlainana agama, berlainan bangsa, berlainan etnik dan negara. Mereka semua bersatu. Mereka adalah aku. Dan aku adalah kamu.



We are anonymous.
We do not forget.
We do not forgive.
Expect Us.

United by infinity.
Divided by zero.                            



Aku sayang Ummie dan Abah

Seorang anak akan tetap menjadi seorang anak dihadapan ibu dan bapanya.
Maka layakkah untuk seorang anak mendongak bangga tanpa sedikit pun rasa sayang terhadap ibubapa?

Just my common sense.

Monday, 25 March 2013

Bola Itu Bulat


20 Mac 2013- mungkinkah hari ni hari paling aku aktif sepanjang kat UTP.. 30 minit berenang pada waktu petang kemudian disusuli pula dengan 120 minit futsal pada malamnya.. Fuh.. penat giler sampai keesokkannya aku bangun terus sakit satu badan dan ditopup pula dengan demam selama 2 hari.. lol



Berfutsal sampai xbleh bangun.. lol

Masing-masing muke bangga cam menang cup.. lol

Wednesday, 20 March 2013

Mengejar Mentari

         Ahad 10 mac aku mengembara lagi. Tapi kali ini seperti biasa berseorangan. Bersama dengan motor berjasa Modenas Kriss 100. Mengejar destinasi untuk meng'snap' gambar pemandangan cantik, dan pada kali ini adalah gambar detik2 matahari terbenam. Xperlu banyak cakap, scroll jer tengok gambar yang aku tangkap ni..



Bye..bye mentari senja ;(

Yg ni ori.. no edit



Yang ini dengan edit sedikit.. apapun memang comey.
          

          Sudah cukup dengan mengejar mentari, pengembaraan aku bersambung dengan menambahkan ilmu di Masjid Lumut. Usai solat maghrib, aku menadah telinga mendengar Kuliah yang bertajuk "Melebihkan orang lain" petikan daripada kitab Imam Al-Ghazali, oleh seorang ustaz yang merupakan wakil daripada badan dakwah Perkim. Kuliah ini sedikit sebanyak mejolok hati yang terkadang penuh dengan sikap ego dan mementingkan diri sendiri ini.

         Ustaz itu juga ada berpesan, hidup perlu lebihkan memberi daripada menerima, kerana memberi itu menimbulkan rasa bahagia. Benar, wang tidak mampu membeli bahagia, tapi wang jika diberi kepada orang lain, itulah perkara yang mampu mengwujudkan bahagia.




Ni lar dia Masjid Lumut, sori sbb gelap bateri low,
xbleh gune flash masa amek gambar ni. Lol


Ihsan Google.. 

          Dan pujian harus diberikan kepada Motorsikal aku.. Haha.. walaupun usia beliau sudah mengjangkau 6 tahun, tapi masih gagah meredah Lebuhraya Ipoh-Lumut selama 2 jam pergi balik dengan berjayanya... Dan aku juga berbangga dengan kebolehan beliau memberi saingan kepada RXZ yang turut sama meredah lebuhraya ini walaupun akhirnya motor aku kalah, namun ketahuilah bahawa kekalahan ini adalah satu "Kekalahan Bermaruah" Cewahh..  Lol


Inilah motor legasi pemberian To'ki aku.. perghh.

       Apapun alhamdulillah kerana selamat pergi dan balik tanpa ada sebarang masalah. Sesungguhnya, pengembaraan ini bagi aku bernilai bukan kerana destinasinya, tetapi adalah kerana pengembaraan itu sendiri. Life is a journey..  Aku akhiri kalam aku dengan kuota daripada penulis terkenal



    " Not all those who wander are lost "
   
                                                  J.R.R. Tolkien

                  

Friday, 15 March 2013

Self Confidence - Excessive self confident Turn into Complacency


It’s understandable why many people think that high self esteem is the antidote to low self esteem. In life generally, if you have too little money, lots of money is attractive. If you don’t have enough food, a banquet is highly appealing. 

But you need to think about high self esteem differently. Self esteem is more like paracetamol – the right amount will help you, but too much is a very bad idea indeed.
Truly low self esteem is a terrible thing; having the opinion that you yourself are worthless – are rubbish – is a condition no-one should have to endure. But high self esteem is a serious obstacle too, if not for you, then certainly for those around you.


Some characterstics of people with high self esteem are:

  • Being prone to self satisfied boasting
  • Tending to be smug and superior
  • Abusing relationships, assuming their needs come first in any situation. If this doesn’t happen, they will become angry and bullying
  • Adopting an air of superiority, simply because they have skill or luck in a particular area of life
  • Being blind to their own faults and so are unlikely to change or improve themselves
  • Tending to have impulse control problems
There is also now a wealth of evidence linking high self esteem to criminality.

I would much rather spend time with someone who has lower self esteem than someone with super-high self esteem – they are generally just nicer people!

Understanding that that super-confident individual has a handicap as real as their own can make a great difference to the way they feel about themselves.

With self-esteem,as with somuch in life, balance is everything.

Thursday, 14 March 2013

Just a word



P̨̢͍̫͉̣̯̞̘̄̌̒̆͛͊̏̒́͜͠ḙ̢̡̛̳͇͙̦͙̩̤̾̔̊͌͊̑͌̕͝ą̧̩̼̗̹̩̘͚̼͊͌̾̓̅̊͌͗͌̈c̺͓̖͔̫͖̲̺̫̭͆̋͆̿̐̾̈́́̉͛e̙͓̻̻̙͈̜̹͎͖̿̆͐͂̔̑̈́̎͗͝

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...