Friday, 15 July 2016

Surat Kepada Bekas Kekasih

(buat kepada yang meninggalkan dan meninggalkan)

Atas nama Tuhan Muhammad s.a.w yang mengcintai makhlukNya tanpa syarat.

Hai kekasih yang pernah aku mencintaimu dengan seluruh jiwaku, apa khabarmu disana? yang kini kita berpisah sempadan negara dan tidak pernah berhubung lagi. Kau tentu tidak mengerti betapa peritnya mencium bunga yang tidak lagi harum, sedangkan musim sepatutnya ia berkembang. Mengerti bagaimana mendengar tawa rakan menjadi sepi lalu kesepian membunuhku perlahan? Mengerti bagaimana mengharungi malam yang tidak lagi berseri sedangkan ada bulan yang menyinari? Merasai tidak dapat tidur malam sedangkan punya pengajian disiang hari, berbulan-bulan lamanya?

Ahh, kau tidak akan pernah mengerti, kerana yang meninggalkan tidak akan pernah sama dengan yang ditinggalkan.

Pada coretan ini bukanlah mahu aku untuk menagih simpati, memujuk rayu dengan dengan segala kesakitan yang pernah kau bagi supaya kembali, Sejarah walaupun dilakarkan sepahit hempedu sekalipun, mustahil untuk kita padam kerana apa yang pernah terjadi pada masa lalu itulah yang membentuk siapa diri kita pada hari ini.

Maka menulis sejarah adalah menulis tentang keberadaan diri, bukan sebagai beban menuju masa hadapan tetapi sebagai bekal menuju keabadian. Pada coretan ini, aku mahu berterima kasih, kerana cinta yang gagal telah menjadikan aku agung - sekurangya bagi diri aku  sendiri.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...