Showing posts with label Financial. Show all posts
Showing posts with label Financial. Show all posts

Thursday, 14 July 2016

11 Perkara perlu dipertimbag oleh Orang Muda Supaya Mudah Membeli Rumah Pertama

Wahai anak muda, ikut 11 nasihat ini untuk mudah membeli rumah pertama
1. Pastikan loan pertama yang anak muda buat dengan bank adalah loan rumah.
Bukan loan kereta. Ini adalah kerana loan kereta akan menyebabkan komitmen anak muda semakin tinggi dan kelayakan di pihak bank untuk beli rumah semakin berkurangan.
Kalau nak pakai kereta jugak, pastikan guna nama orang abang ke, kakak ke, ayah ke. Asalkan bukan nama kita. Nak senang lagi, mintak nak sambung bayar kereta mereka je.
2. Kalau anak muda ada buat bisnes, pastikan customer bank in ke akaun company ye.
Bukan akaun personal anak muda. Kalau customer bank in ke akaun personal, ianya TAKKAN dikira sebagai INCOME. Jadi, rugilah kat situ.
Kalau ada yang terlepas juga, transfer la balik masuk ke akaun company dengan nota ‘CASH SALES’.
Kalau tengah makan gaji, dan dalam masa yang sama ada bisnes sendiri, daftarkan jugak company tu. ENTERPRISE saja dulu pun dah cukup.
3. Kalau anak muda ada buat bisnes sendiri, pastikan tetapkan Gaji untuk diri sendiri dan bayar kwsp kepada diri sendiri.
Bila apply loan bank nanti, akan ada 2 jenis income anak muda. Iaitu income dari bisnes, dan income dari gaji sendiri.
Untuk pembayaran gaji, gunakan cek company untuk bayar. Elakkan transfer secara online saja. Dan pastikan buat payslip dan cop sekali.
4. Jangan cepat terpengaruh untuk ambik pinjaman ASB atau pinjaman peribadi.
Sebab pinjaman jenis inilah yang selalunya menjadi faktor yang menyebabkan bank tolak permohonan pinjaman untuk beli rumah kita.
Kalau nak ambil ASB pinjaman juga, pastikan lepas lulus pinjaman rumah, baru lah ambik sekali.
Bagi saya, kalau ada merancang untuk membeli hartanah kedua, jangan ambil pinjaman ASB lagi. Sebab biasanya pihak bank akan tawarkan kepada kita selepas kita lulus pinjaman rumah pertama kita.
Tapi lain lah kalau income anda besar, kalau sekadar ambil pinjaman ASB dan bayaran bulanan tidak memberi kesan besar terhadap DSR anda, tak mengapa.
5. Untuk rumah pertama, pastikan anda beli untuk tujuan investment.
Kenapa saya kata macam tu? Sebab kalau anak muda beli untuk duduk sendiri, ianya akan jadi perbelanjaan untuk anak muda.
Lain lah kalau anak muda beli secara tunai je kan. Investment pula terbahagi kepada dua. Sama ada Cash Flow atau Capital Gain.
Sekiranya anak muda memilih untuk cash flow investment. Maksudnya anak muda sewakan rumah tersebut kepada orang lain. Pastikan sewa yang diberikan tidak kurang dari bayaran bulanan kepada bank.
Satu lagi ialah Capital Gain. Ini bermaksud, anak muda beli rumah pada tempoh tertentu, dan bila nilai rumah tersebut meningkat, anak muda jual / flip rumah tersebut dan mendapat untung daripada jualan tersebut. Cara ini dipanggilCapital Gain.
6. Elakkan daripada letak nama bersama suami dan isteri semasa membeli rumah.
Ini kerana, setiap orang hanya layak untuk dapat loan 90% untuk 2 buah rumah saja. Kalau rumah ke 3, hanya dapat loan 70% sahaja.
Ini bermakna kalau ikutkan peraturan, sepasang suami isteri akan dapat beli 4 buah rumah.
Tapi kalau gabung nama, ianya akan jadi 2 buah rumah saja untuk dapatkan loan 90%. Jadi, rugilah anda.
Percaturan yang betul untuk suami isteri ialah beli 4 buah rumah, 1 untuk duduk sendiri, dan 3 lagi untuk disewakan.
Untung daripada sewa rumah tersebut buat bayar bulanan rumah yang anda duduk tersebut. Bukan ke macam duduk percuma macam tu?
7. Pastikan rekod CCRIS anda BERSIH
Rekod CCRIS adalah satu rekod dari Bank Negara yang mengumpul senarai hutang-hutang kita dengan institusi kewangan di Malaysia.
Untuk memudahkan anda, sebelum anda ambil keputusan untuk buat loan rumah, pastikan anda semak dulu rekod CCRIS anda sendiri.
Nanti anda akan nampak senarai hutang anda dan disebelahnya senarai bayaran bulanan anda. Kalau 0, bermakna rekod anda bersih. Anda memang seorang yang berdisipilin.
Kalau 1, ini bermaksud ada 1 bulan tertunggak, begitu jugak 2,3,4 dan seterusnya. Cara nak buat semakan ialah dengan pergi ke Bank Negara dan guna mesin yang disediakan.
Atau sekarang boleh apply secara online saja.
8. Ada TIGA jenis rumah yang anda boleh beli
PERTAMA, rumah undercons (bermaksud under construction). Biasanya rumahundercons sesuai untuk orang yang plan untuk buat FLIPPING (jual balik) bila dah siap nanti.
Kalau anda cari rumah yang ada diskaun 7%, maka anda hanya perlu keluarkan modal 3% sahaja.
Kalau dapat cari rumah yang dapat diskaun 10%, maka tak perlu nak keluar modal bayar deposit.
KEDUA, rumah subsale. Bermaksud rumah yang dah siap dan dah ada nama orang lain punya.
Untuk rumah jenis subsale ini, modal yang sangat besar diperlukan. Kalau rumah tu harganya RM500,000 , maka deposit sebanyak RM50,000 diperlukan. Ditambahkan lagi dengan legal fees, dll.
KETIGA ialah rumah lelong. Diantara ketiga-tiga jenis ini, rumah lelong mempunyai risiko yang sangat tinggi. Tapi takpe high risk, high lah return dia.
Kalau menang bidaan lelong jauh lebih murah dari harga market, untung besarlah anda. Untuk jenis rumah lelong, anda perlu buat kajian dari segi harga pasaran, keadaan rumah, kejiranan dan lain-lain sebelum commit untuk join bidaan.
Kalau tanya saya, saya lebih suka beli rumah UNDERCONS.
9. Sekiranya anda memilih utk membeli rumah under cons, maka pilih lah developer yang besar-besar saja.
Contohnya seperti SP Setia, IJM Land, Sime Darby, Worldwide dan lain-lain. Sebab pertama kenapa perlu pilih developer ini ialah risikonya kurang.
Maksudnya, risiko untuk projek terbengkalai sangat rendah. Kalau pilih developer yang tak ada nama, risikonya sangat tinggi kerana mereka mungkin kekurangan modal atau ada masalah-masalah lain dan menyebabkan projek tersebut boleh terbengkalai. Kita juga yang rugi nanti.
Sebab kedua, kalau developer besar mereka biasanya menyediakan banyak benefitkepada pembeli hartanah mereka.
Sebagai contoh, diskaun 5%-10%, free aircond, alarm system, vinyl floor dan macam-macam lagi.
Tambahan lagi, developer besar biasanya akan menyediakan kemudahan yang banyak di sesebuah taman perumahan yang mereka tengah develop.
Tengok lah contoh SP Setia. Beruntungnya orang beli rumah di setia alam ni. Betapa banyaknya kemudahan-kemudahan baru yang mereka dapat. Contohnya, ada mall, masjid, bank-bank, taman-taman, dan macam-macam lagi.
10. Beli rumah ikut kemampuan. Jangan ikut nafsu
Ye lah, kadang-kadang kita cepat terpengaruh dengan kawan-kawan yang beli rumah besar, kita pun nak beli rumah besar jugak. Pinjaman bank mungkin boleh lulus.
Tapi bila masuk bab bayaran bulanan, ianya sangat-sangat membebankan anda. Komitmen bulanan lebih tinggi daripada pendapatan yang anda dapat. Last-last,tertunggak!
Jadi, untuk elakkan perkara ni berlaku, sebelum ambil keputusan untuk membeli mana-mana rumah, pastikan anda buat kiraan terlebih dahulu tentang kemampuan pendapatan bulanan anda untuk membayar rumah tersebut nanti.
11. Kebiasaannya kalau loan untuk rumah pertama, bank nak lihat rekod ccris anda.
Bergantung kepada sesetengah bank jugak. Sekiranya anda tidak pernah buat pinjaman dengan bank, maka rekod CCRIS anda kosong. Dan bank tidak dapat menilai macamana disiplin anda dalam pembayaran loan.
Jadi, sekiranya masalah ni terjadi kepada anda, ada 2 cara yang anda boleh buat.
PERTAMA, anda mohon saja kredit kad dan guna. Cara guna kredit kad yang betul ialah, swipe di siang hari, dan malamnya terus bayar balik kredit kad tersebut.
Ini untuk mengelakkan anda terlupa untuk buat bayaran.
KEDUA, buat pinjaman peribadi dalam jumlah yang paling rendah di Easy RHB. Dengan cara ni, bank akan nampak track record yang anda merupakan seorang pembayar hutang yang baik.


Wednesday, 16 March 2016

Tips Beli Rumah Sebaik Sahaja Graduasi

7 KESILAPAN FRESH GRADUATE BELI 2 RUMAH SELEPAS 10 BULAN BEKERJA.
...................
Saya bercadang nak kongsikan kisah benar seorang fresh graduate yang berjaya memiliki 2 rumah selepas 10 bulan mula bekerja.
Saya akan highlightkan kesilapannya dan saya juga akan berikan cara yang lebih baik supaya fresh graduate lain boleh beli rumah lebih cepat dan berstrategik berbandingnya.
1. Dia mula menghadiri seminar dan talk hartanah pada bulan Ogos 2014. Pada masa yang sama membaca buku-buku hartanah dan follow sifu-sifu hartanah di Facebook.
2. Dia mula bekerja pada hujung bulan September 2014 pada usia 23 tahun sebagai staff kontrak dengan gaji kurang daripada RM3000. Dia buat saving sebahagian besar daripada gaji kerana dia tahu, lagi banyak dia menyimpan, lagi cepat terkumpul modal deposit untuk beli rumah.
3. Dia mula berjinak-jinak dengan website mudah.my untuk mencari rumah di bawah harga pasaran walaupun masih dalam status pekerja kontrak. Buat site visit rumah yang dia berkenan untuk dapatkan pengalaman nego dengan owner dan ejen hartanah.
4. Anak pertama mereka lahir pada bulan November 2014. Memang mencabarlah juga sebab agak banyak duit simpanan dihabiskan untuk persediaan barang baby dan juga kelahiran. Excited anak pertamalah katakan. Ambil pakej yang paling murah di hospital swasta. Biarlah murah pun, asalkan bukan doktor lelaki yang sambut kelahiran anak mereka. Alhamdulillah dapat baby boy.
5. Pada bulan Mac 2015, dia dapat convert to permanent position dan dia terus buat kad kredit walaupun pada waktu itu dia masih dalam probationary period. Tujuan, untuk mewujudkan rekod CCRIS. Cadangnya lepas beli rumah nak terminate kad kredit tu. Tapi sampai sekarang masih guna. Sebab dia adalah pengguna kad kredit yang bagus. Tak pernah lagi baki tertunggak. Kad kredit memudahkan hidup dia untuk isi minyak dan beli barang keperluan harian. Tapi ingat, kad kredit adalah mimpi ngeri kepada orang yang kaki shopping.
6. Selepas 3 bulan pakai kad kredit (Jun 2015), dia terjumpa rumah yang sesuai sebagai rumah pelaburan pertamanya. Rumah flat yang dijual 17% di bawah harga pasaran. Pembiayaan rumah lulus dengan mudah alhamdulillah.
7. Untuk rumah pertama, dia hanya menggunakan sebahagian kecil daripada kelayakan pinjamannya. Jadi, dia dapat beli rumah kedua pada bulan berikutnya. Rumah landed di Negeri Sembilan. Tiada apa-apa masalah kerana dia beli dengan ilmu dan tahu kelayakan pinjaman maksimum. Alhamdulillah pada Julai 2015, dia sudah memiliki 2 buah rumah.
8. Untuk rumah ketiganya pun ada juga kisahnya tapi insyaAllah saya akan ceritakan pada masa yang lain.
9. Sebenarnya apa yang dia lakukan itu bukanlah cara yang terbaik, terpantas untuk fresh graduate memiliki rumah secepat mungkin. Dia beli rumah dengan ilmu yang agak terhad dan tidak cukup. Juga tanpa bimbingan personal daripada sifu-sifu.
10. Jangan ulangi kesilapan dia. Perkara yang boleh diperbaiki oleh anda berdasarkan kisahnya adalah:
 Dia agak lambat bermula. Kesedaran pemilikan hartanah sepatutnya mula sejak tahun pertama di universiti. Lebih awal daripada tu adalah lebih baik.
 Simpan duit deposit rumah sebanyak mungkin sejak di universiti. Buat part time mengajar tuisyen ke, jual tudung ke, trading saham ke, sekatilah.
 Buat ASB Financing-i dan bayar guna duit PTPTN atau biasiswa. Setahun pertama bayar installment. Tahun berikutnya rolling guna dividen. Jadi tak perlu dah mohon kad kredit jika hanya untuk mewujudkan rekod kredit dalam CCRIS. Jimat masa. Boleh follow FB sifu-sifu ASB.
 Belajar tentang hartanah secepat mungkin. Lagi cepat kita belajar, lagi banyak ilmu kita ada semasa nak beli rumah lepas dapat kerja nanti.
 Target kerja yang berstatus permanent. Kalau kerja kontrak yang short term, bank susah nak beri pembiayaan perumahan. High risk applicant katanya. Tapi, janganlah memilih sangat. Kalau dah memang dapat kerja kontrak, terima sahaja. Mungkin rezeki anda memang di situ. Kerja rajin-rajin supaya cepat convert to permanent. Cari kerja secepat mungkin!!
 Beli 2 rumah pertama serentak. Jimat masa, jimat tenaga. Setiap daripada kita boleh dapat margin of finance (MOF) up to 90% untuk pembiayaan rumah pertama dan kedua. Kira kelayakan loan anda sebelum beli rumah tau. Jangan main hentam beli rumah atas tahap kemampuan kita.
 Perlu ada support group. Kalau nak tanya apa-apa, boleh terus dapat jawapan. Masa dia beli 2 rumah tu, tiada support group yang baik. Sekarang dah ada. Hihi. Terima kasih MISI MENCARI RUMAH dan STALKER HARTANAH.
............
Jadi, kepada adik-adik yang masih dalam pengajian di universiti, maktab, matrikulasi mahupun yang masih di sekolah menengah, semoga anda berjaya memiliki rumah dengan lebih pantas selepas ini.
Lepas ni, insyaAllah makin keraplah kita dengan cerita budak umur 22 tahun dah berjaya memiliki 3 buah rumah selepas 4 bulan mula bekerja.
Tekan SHARE supaya perkara ini boleh menjadi realiti suatu hari nanti.
Jomlah sama-sama jadi HIPSTER dalam bidang hartanah. Tak payah nak acah-acah HIPSTER sangat bab-bab makan mahal, jubah mahal, kereta mahal. Beli je rumah banyak-banyak di awal usia. Ingat pesan abang ni sampai bila-bila ya.
Kihkih!!
Disclaimer: Tips yang dikongsikan adalah tips secara umum. Buat keputusan yang sesuai berdasarkan situasi dan kemampuan anda sendiri.

Copy Paste

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...