Walausiapaun kamu semua, tapi aku tahu kita mempunyai hati yang sama dan kita turut sama terluka apabila ada diantara kita yang disakiti.

Serangan kali ini adalah serangan terbesar seumpamanya yang pernah dilancarkan. Dipercayai pelbagai kumpulan daripada seluruh dunia menyertai operasi kali ini. Mengikut pemerhatian penulis, penulis dapat lihat jika sebelum ini, antara hackitivist yang pernah melancarkan serangan siber ini kebanyakkannya adalah hacktivist daripada asia barat dan daripada negara umat Islam seperti Turki, Tunisia, Palestine, Indonesia malah daripada Malaysia juga. Tetapi untuk operasi kali ini, penulis dapat melihat keterlibatan hacktivist daripada negara-negara bukan Islam seperti Amerika Syarikat, Spain dan negara-negara lain seperti Argentina yang dilaporkan telah meng'hijack' beberapa laman web milik kerajaan Israel dan meletakkan mp3 al-quran untuk menjadi halwa telinga mereka.
Page-page di Hacktivism dan yang berkaitan dengan solidariti masyarakat dunia juga kini menjadi menjadi tumpuan warga internet seluruh dunia yang menyambut dengan tangan terbuka dan mendokong perjuangan yang digelar oleh sebahagian hacktivist sebagai "Hacktinfada" ini.
![]() |
Antara group Hacktivist yang turut serta |
p/s: Aku melihat kesatuan umat manusia bersatu menentang kezaliman.
No comments:
Post a Comment