Ahad 10 mac aku mengembara lagi. Tapi kali ini seperti biasa berseorangan. Bersama dengan motor berjasa Modenas Kriss 100. Mengejar destinasi untuk meng'snap' gambar pemandangan cantik, dan pada kali ini adalah gambar detik2 matahari terbenam. Xperlu banyak cakap, scroll jer tengok gambar yang aku tangkap ni..
 |
Bye..bye mentari senja ;( |
 |
Yg ni ori.. no edit
|
 |
Yang ini dengan edit sedikit.. apapun memang comey. |
Sudah cukup dengan mengejar mentari, pengembaraan aku bersambung dengan menambahkan ilmu di Masjid Lumut. Usai solat maghrib, aku menadah telinga mendengar Kuliah yang bertajuk "Melebihkan orang lain" petikan daripada kitab Imam Al-Ghazali, oleh seorang ustaz yang merupakan wakil daripada badan dakwah Perkim. Kuliah ini sedikit sebanyak mejolok hati yang terkadang penuh dengan sikap ego dan mementingkan diri sendiri ini.
Ustaz itu juga ada berpesan, hidup perlu lebihkan memberi daripada menerima, kerana memberi itu menimbulkan rasa bahagia. Benar, wang tidak mampu membeli bahagia, tapi wang jika diberi kepada orang lain, itulah perkara yang mampu mengwujudkan bahagia.
 |
Ni lar dia Masjid Lumut, sori sbb gelap bateri low,
xbleh gune flash masa amek gambar ni. Lol |
 |
Ihsan Google.. |
Dan pujian harus diberikan kepada Motorsikal aku.. Haha.. walaupun usia beliau sudah mengjangkau 6 tahun, tapi masih gagah meredah Lebuhraya Ipoh-Lumut selama 2 jam pergi balik dengan berjayanya... Dan aku juga berbangga dengan kebolehan beliau memberi saingan kepada RXZ yang turut sama meredah lebuhraya ini walaupun akhirnya motor aku kalah, namun ketahuilah bahawa kekalahan ini adalah satu "Kekalahan Bermaruah" Cewahh.. Lol
 |
Inilah motor legasi pemberian To'ki aku.. perghh. |
Apapun alhamdulillah kerana selamat pergi dan balik tanpa ada sebarang masalah. Sesungguhnya, pengembaraan ini bagi aku bernilai bukan kerana destinasinya, tetapi adalah kerana pengembaraan itu sendiri. Life is a journey.. Aku akhiri kalam aku dengan kuota daripada penulis terkenal
" Not all those who wander are lost "
J.R.R. Tolkien
No comments:
Post a Comment