Tuesday, 21 May 2013

Lepaskan untuk Untuk Terus Melangkah

          Hidup kita selalu dirundung oleh masalah. Bukan hidup ertinya jika langsung tiada masalah. Dan setiap masalah yang ada dan wujud adalah untuk diselesaikan. Namun hakikatnya, tidak semua masalah akan selesai dengan cara menghadapinya. Ada sesetengah masalah yang perlu ditinggalkan, contohnya seperti dendam dan perasaan tidak puas hati yang hanya akan terhapus dengan kemaafan dan melupakan.

          Aku teringat sewaktu aku terlibat dalam kem STE sewaktu masa dahulu. Modulnya ringkas, dengan bantuan dua orang rakan, suruh salah seorang daripada mereka memegang tangan kiri dan seorang lagi memegang tangan kanan. Ingatkan mereka untuk memegang dengan erat dan kuat. Kemudian akan fasilitator menyuruh anda berlari dengan sekuat hati. Apa  yang terjadi adalah hampir setiap seorang daripada kami mencuba sedaya upaya untuk berlari dan melepaskan diri, namun tiada siapa pun yang terlepas kerana tangan kami dipegang dengan cukup kuat.

          Aku tersenyum sambil bingung menunggu apakah ibrah dan pengajaran daripada modul tadi. Ternyata, pengajarannya ringkas tetapi amat menyentuh dengan jiwa aku. " Kamu tidak akan mampu menyambung langkah disebabkan beban yang membelenggu kamu. Beban itu tak lain dan tak bukan adalah sifat kamu, dendam kamu, dan ada mungkin juga adalah ego dan 'pride', inilah perkara yang membelenggu kamu untuk terus ke hadapan. Selagi 'tangan' kamu diblenggu, kamu tidak akan mampu melangkah." Aku menghadam apa yang aku dengar. Terasa seperti tepat dengan keadaan aku. Beban. Itulah yang aku tanggung sehingga ke hari ini. Beban tidak memaafkan dan beban 'pride' yang aku pertahankan selama ini ternyata menjatuhkan aku dan membutakan aku kepada kesilapan aku sendiri.

          Aku tahu mereka ada kesilapannya, namun aku juga perlu sedar bahawa aku juga ada kesilapannya dan kesilapannya adalah aku terlalu berharap kesempurnaan daripada manusia yang memang tertulis daripada azali yang sudah pasti merupakan tempat kesilapan dan kesalahan. Terlalu ego akan kenyataan menjadikan aku terus terkebelakang, tertinggal sedangkan aku adalah yang terkehadapan pada mulanya. Tetapi kerana pengharapan kepada cara kerja yang sempurna menjadikan aku ego dan membunuh dan menjatuhkan perasaan mereka yang sedang merangkak belajar dan aku sendiri yang masih perlu lagi banyak belajar.

          Benar, tidak salah untuk mengarapkan kesempurnaan, namun ia salah apabila kesempurnaan adalah tujuan. Because it is impossible to reach perfection because there would always be a room for improvement. Kalaulah kesempurnaan ataupun perfection  itu adalah suatu nombor, maka nombornya adalah inifiniti, tapi begitulah kita manusia terkadang terlalu naif menduga sesuatu sebesar inifiniti sedangkan kita hanyalah kuman berakal yang cakapya lebat. We human are too naive to predict.

           Pada perjalanan ini aku belajar, nilai sesuatu perjalanan itu tidak terletakpada penghujungnya, tapi perngalaman yang dikutip sepanjang perjalanan itulah sebenarnya nilai sebuah perjalanan. Kerana pengalaman yang mendewasakan dan mematangkan fikiran.

                                       

         

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...