Sunday, 23 September 2012

Pengalaman

Hari-hari belajar dari hidup.

      Hari ni kami kengkawan semua berkongsi tentang pengalaman hidup sebelum masuk U dahulu. Sumpah aku memang terpegun mendengar kerana semua yang aku dengar tu belum pernah aku lalui. Bagi aku, perkara2 tu memang sangat unik. Ketika mendengar mereka bercerita, aku seakan dapat membayangkan keadaan aku berada di tempat mereka.





"everyone is the hero of their own story"


       Dan cerita yang paling aku suka adalah cerita fathurrahman mengenai kenakalan zaman kampungnya.. Sungguh memang aku tak dapat bayangkan bagaimana seronoknya dia menjadi seorang budak yang betul nakal. Suka mendatangkan masalah kepada orang lain. Betul2 berbeza dengan kisah hidup aku yang bosan. Benda yang hebat aku lakukan rupanya langsung tak terbanding dengan perkara giler2 yang dia buat. Terjun empangan yang tinggi dan dalam dengan payung terjun plastik, kemudian kemalangan yang hampir membawa kematian.. Memburu haiwan liar secara haram menggunakan senapang di sempadan Malaysia -Thailand sehingga di tangkap dan dibawa masuk kedalam lokap oleh tentera dan perhilitan, main - main obor - obor sampai membakar separuh daripada kebun milik jiran kampung, ditahan dalam lokap akibat merempit..

       Hahahah.. Ternyata memang seronok mendengar.. Terasa cam hidup aku betul2 bosan. Aku cam budak bandar yang skema. no life at all. Study , belajar, makan tidur.... but, to think about it again.. I realize.. Everyone is different. There is wrong if we differentiate people from their different. Setiap orang membesar dengan cara yang berbeza. Mungkin bagi aku kisah hidup aku bosan, tapi bagi orang lain mungkin kisah hidup yang aku hadapi sekarang ni memang itulah seperti yang mereka mahu.

Think Positive. Bersyukur dengan apa yang telah kita dapat dan ape yang sedang kita hadapi.

Apapun, my last word is.. I want to start to make my ow JOURNEY>>

" Life is not a destination, it is about journey.."

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...