Derapan kakinya dipacu laju, tahu dia sudah terlewat. Jam di Adidas celup berharga RM10 di tangan kirinnya di pandang sekilas. Menduga berapa detik kah dia terlambat. Kalaulah dia bertolak awal, pasti kali ini dia takkan kabut seperti sekarang. Kalaulah dia tidak terlalu leka menghayati kemeriahan suasana di perkarangan Universiti Sains Kebangsaan itu sudah pasti sekarang ini dia sudah berada di dalam Dewan Canselor Keramat .. Kalaulah, kalaulah... Arghh lupekan saje..pasti. Tiada gune menyesali apa yg telah pun berlaku. Yang dah berlalu sudah pun berlalu, yang paling penting adalah bagaimana kita menghadapi masa depan. Derapan kakinya semakin dipacu.
Kawasan didalam U itu terlalu baru besar baginya. Sesekali dia terfikir.
"Kalu sesat naya ni, mampus kene marah aku ni sebab lambat."
Langkahnya di atur cepat tatkala dia menemui pintu - pintu Dewan Canselor Keramat itu. Sekilas matanya memandang kearah penyambut tetamu yang cantik berkebaya biru disertakan kain songket purple di sisi pintu Dewan Canselor Keramat itu.
" Silakan masuk, dah start dah ni. " katanya sambil tersenyum.
" Arghh. senyumannya, manis sangat-sangat. Tak pernah pun Nadia senyum macam tu dekat aku, haha" hati Syaqrul berkata sendirian.
" Okey. Terima Kasih " Syaqrul membalas dengan senyuman.
Bagi Syaqrul, tak elok membiarkan orang yg telah berkhidmat untuk membantu kita tanpa sedikit pun kita ucap terima kasih. Pantang bagi Syaqrul. Mane aci? cube r hargai orang sket. Inilah prinsip untuk memudahkan orang senang dengan kita. Barulah hidup akan selalu hepi.
Pintu kaca yang bersaiz gergasi itu dikuaknya. Berat memang tak usah nak cakap lah. Jenuh Saiful menolaknya untuk masuk.
" Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Speaker
Dewan, rakan-rakan Yang Berhormat daripada pihak kerajaan, barisan
pembangkang dan seterusnya ahli-ahli dewan sekalian....." pendebat pertama mula dengan semangatnya memainkan peranannya..
Suasana gamat di dalam Dewan Canselor Keramat amat dirasai. Sorakan daripada penonton tuan rumah Universiti amat memeriahkan suasana. Syaqrul mula menyukai keadaan itu. Apatah lagi apabila melihat Syaza Nadia sedang tenang bersedia di meja kerajaan sebagai sebagai menteri kedua, menanti untuk berentap. Syaza Nadia, seorang gadis yang sentiasa menjadi igauannya semenjak dari zaman kecil hinggalah sekarang. Kini berada jauh di hadapannya, dengan beribu-ribu mata yang memandang dari tempat duduk.
Sorakan demi sorakan kedengaran apabila pendebat mula mengusik lawan masing - masing. Ada yang tertawa.
Apabila tiba gilirannya, Nadia bangun untuk berentap hujah justeru mematikan akal sidang pembangkang..
Di tempat duduk yang paling dalam, Syaqrul memandang dengan penuh debaran. Diam. Menumpukan perhatian kepada kelibat Nadia yang sedang petah berbicara. Arghh.. dalam hatinya bergejolak. Seakan tidak percaya dengan apa yang disaksikan depan matanya. Kagum. Rasa teruja melihat karisma yang ditonjolkan sahabat dan juga pesaing nombor satu di sekolahnya itu. Cemburu. Namun tidak iri hati. Cuma cemburu kerana dia tidak seperti Syaza. Tidak sepetah syaza berkata-kata.
Suara Nadia yang nyata tegas dan bersemangat lagak seperti seorang pemimpin berjuang untuk rakyat marhaen. Syaqrul terpesona. Arghh.. Hebatnya dia melebihi dirinya sendiri. Terkadang malu dirasakan. Sebaik sahaja Syaza menghabiskan sesinya, Syaqrul terus menarik diri dari Dewan Canselor Keramat. Keluar bersama hati yang mula sangsi.
* * * * * * * *
No comments:
Post a Comment