Pertama kali sepanjang keberadaan aku kat U ni, inilah yg first time aku pegi Bandar Ipoh naik motor. Perjalanan yg sepatutnya memakan mase 40 hingga 50 minit tu aku lalui cuma dengan 30minit jer..Hehe
Laju kot motor aku bawak time tu.haha. Tujuannyer mudah jer. Nak tengok wayang jer.haha. Ye lar kan citer Harry Porter Deathly Hollow Part 2 yg episod terakhir dah kuar.. Aku pon sebenarnya minat gak r Harry Porter ni, tapi buku dia aku x pernah baca r..Malas kot, Tengok buku tbal giler, baik tengok movie jer, haha..
Nak di jadikan citer, ble smpai jer ipoh, aku x tau direction nak pegi ke Jaya Jusco Kinta Mall. Walaupun aku pernah pegi JJ tu ngan Syuk n Zarieq, tapi mane aku ingat do. Jadi ada gak r dalam 10 minit aku sesat kat bandar tu, last2 aku pergi jer Ipoh Parade, walaupun hati tak rela, haha.
Aku sampai dalam masa tengah hari, smpai2 jer aku pon trus r pegi GSC cinema kot, dengan muke bangganyer nak order Tiket Harry Potter, kalu yg paling awal ada lar dlm kul 2.15, transformer pun ader tapi start lewat sket, 2.45 petang.. Tapi tetibe plak geng aku ni kate nak tengok transformer, bengang gak kot aku rasa, sbb mmg plan nak tengok Harry Potter, tapi sbb dia insist ngat OK Fine! aku ikut, pastu tetiba plk ada tiket kol 1200 pagi. Ble tanyer kak yg jual tiket tu start dlm kol 12. Cume 3 seat jer tinggal. Rezeki kot.
lepas bli jer tiket, bru r aku teringat nak tengok jam, sbb aku ingatkan awal lagi. Tengok2 dah pukul 12.30. Setengah jam dah citer tu start, giler r, rasa cam nak pelempang jer geng aku tu haha, tapi ble nak lempang ble pikir semula geng aku gak..adoii, tension giler. Pastu ble masuk plak tetibe je aku tengok seat aku tu dah ada orang duduk, lagi r rasa cam nak buke jer buah-buah silat aku, nasib baik aku xabih blajar agi (sbnarnya sbb ponteng klas slalu..,haha) kalu tak dah lamer kaki aku naik.haha.
Dalam keadaan bengang dan bangang tu, akhirnya aku keluar, fed up kot. Apa yg dirancang tetibe plak jadi cam sampah, "rubbish" haha tu ayat yg Muid-exco disiplin masa MAS bagi kat batch kitorang, haha.
Pergi makan kat Food Court, tenangkan diri pastu pegi tengok baju2 kat situ. Banyak woo.. Bukan baju jer aku jumper, couple pon banyak, berlonggol-longgok cam kat pasar malam. Ape r diorang ni, dah kalu dah terdesak ngat nak berkasih sayang pon trus kawin jer lar.. Bile dah kahwin, bukan setakat pegang tangan jer bleh, waktu tu pegang sume pon dah bleh, halal plak tu, nak pegang kaki, pegang siku, kepala lutut bini korang pon korang bleh tibai, haha.. Ni agak2 r bro... Terasa cam nak buka buah2 silat pon ader gak waktu.. Hish. Tapi ble nak pikir2 balik, pernah tak aku jadi cam diorang?, atau yg paling penting, pernah ke aku bercinta? Baik aku betolkan diri aku ni dulu dan kemudiannya barulah kite betulkan orang plak. Barulah perbuatan(nasihat) kite tu nanti x dipersoalkan..
" Gravitation is not responsible for people falling in love"
- Albert Einstein
Balik pada persoalan.. CINTA, pernahker aku bercinta?
Mungkin pernah kot, tapi tu dah citer lamer, ble aku Lpas PMR, hidup aku waktu tu cuma aku bagi sepenuhnya untuk masa depan aku, no lovey-dovey anymore cause 4 me at that time, love can only bring miserable. Haha. Lagipun Saser sume budak laki kot,(kalu tak dah ramai pompuan aku tackle haha) xkan aku nak jadi gay plak.haha., Jadi konklusinya, jadilah aku cam budak plek sbb tak ader awek. Nak kater x hensem, orang kate muke aku cam Adi Putra KL Gangster kot, bukan Adi Putra budak genius tu, tu budak agi.. (kembang idung) haha..Hensem r tu, Alhamdulillah.. Okey jadi kiter skip dulu pasal kisah cinta ni.
Skang aku ader mende lain nak citer...lagi best kot inshaAllah.
Ble dah agak2 kul 2, aku pon tunggu r dpan entrance cinema tu, xsabar kot nak blah, bosan giler.
Tunggu punyer tunggu, smpai kaki aku pon dah cram, tak tubik-tubik agi mamat sorang ni. Dalam 15 minit aku tunggu. Adoiyaa... rasa cam nak penyepak orang jer rasa. Tengah duk bengong 'time' tu, tetibe aku terperasan sorang pak cik ni, sorang2 jer berhampiran kat tempat aku diri tunggu. "Takkan pak cik ni nak tengok wayang skali kot, bawak2 ke surau r pak cik", macam2 dah aku start pikir waktu tu. Dari rupanya ade r dlam 60-an. Sbb tu aku pikir gitu, apalah pak cik ni. Tapi aku punyer trademark still aku pegang "Pikir Positif dlu, Pastu Lantak Korang r Nak Pikir Aper" haha
Aku pun mula r nak buka cerita. Aku tebalkan muka aku nak tegur pak cik tu dulu, bru r gentleman. Aku tanya, kenapa pak cik ni tunggu kat sini? Pak Cik ni tunggu awek dia x datang ke? Ke pak cik ni ngah tunggu aper sebenarnya? Sabar je aku tunggu jawapan dia.. Setelah dua tiga kali berbalas sengih, akhirnya pak cik ni buke gak mulut akhirnya..ghegheghe..
"Pak cik sebenarnya ngah tunggu citer turn pak cik. Pak cik nak tengok citer Transformer ni."
Aduayai, masak aku. Pak Cik ni tengok jer cam dah out-dated, tapi jiwa still muda.haha. Apa lar pak cik ni. Ade gak orang cam pak cik ni. Pelik-pelik. Tapi pak cik ni kira okey r.. Up-to-date lar bro.. Tengok citer "Transformers 3" kire okey r sbb logik sket sbb teknologi dan apekehel sumer r, smart r sket. X macam budak2 mude skang, tengok citer hantu apekejadahnyer. Tak menambahkan ilmu langsung.. menankutkan diri yg dah memang pengecut adalah..haha. Bagus pakcik ni. Aku respek ngan Tabik Sprring aku kasi..
Sambil-sambil tu aku jenguk ke kiri kanan, skodeng atas bawah, cube jenguk2 kalu tetibe ternampak anak2 pak cik ni ker.
"Pak Cik datang sorang jer ker? Mane anak2 pak cik?" Aku cube tanya nakkan kepastian, mane tahu die tengok citer ni sbb nak teman cucu dia kot.
"Pak cik datang sorang jer nak. Lagipun pak cik duk sorang jer dan pak cik memang tak ada anak"
Aku terdiam seribu bahasa.. Jawapan pak cik tu membuatkan aku berfikir
Tetibe plak aku rasa kesian kat pak cik ni..Dah berumur. Dan ble terfikir balik, rasa simpati pon ada.
Umur pak cik ni dah bleh kater tua gak r, mungkin awal lewat 50-an atau awal 60-an dan lebih sayu agi x lama lagi ramadan akan datang seteusnya akan tiba hari raya dan aku dapat rasakan mesti satu perasaan sebak melanda hati dia. Tatkala insan-insan lain yg seusia dan sewaktu dengan dia seronok melayan kerenah cucu-cucu atau pun berehat mengenangkan segala kenangan sewaktu muda dulu, dan sekarang mungkin ada yg tengah tidak sabar menunggu ketibaan bulan rahmat untuk berbuka bersama anak-anak, tapi pak cik ni masih lagi merayau-rayau tanpa arah tujuan di bandaraya yg penuh dgn lautan manusia ni.
"Pak cik ni tinggal kat mane?" aku cube berani bertanya.
"Pak cik tak tinggal kat mane mane nak, pak cik tinggal kat Ipoh ni lar. Inilah rumah pak cik. Inilah kawasan penghidupan pakcik. Pak cik bebas. Rumah pak cik besar. Lagi 'besar' dari rumah yg orang yg paling kaya kat dunia ni." Aku tersenyum. Aku terlihat dia cume tenang je menjawab.
"Dulu pak cik pernah tinggal dekat rumah orang tua-tua. Cuma beberapa tahun jer, pastu pakcik lari. Sekarang ni pak cik pon rak tahu kemana pak cik nak pergi,"
Aku terdiam. Aku tenung wajahnya perlahan-lahan. Entah aku pun tak tahu ape yg aku cari. Tapi aku temukan suatu perasaan yg serupa seperti semasa aku tibe di Hentian Puduraya selepas aku balik drpd Interview PETRONAS. Aku pada waktu itu merasakan aku adalah orang yg berutung di dunia ini. Disaat orang lain tidur bertilamkan tilam yg empuk dan nyaman di rumah yg lapang namun diwaktu yg sama, ada lagi segelintir manusia yg kurang bertuah tidur hanya beralaskan surat khabar lame dan berbumbungkan pemandangan langit malam.. Aku bersyukur sesangat. Pemandangan di sana pada pukul jam 1.00 pagi mmg benar-benar berbeza. Waktu larut malamnya dipenuhi oleh insan-insan yg tersadai keletihan meredah arus kotaraya. Tidur mereka bergelimpangan. Mereka berasal dari latar belakang yg berbeza-beza. Ada antara mereka yg berasal dari kampung, menjelajah ke Kota raya mencari rezeki yg diharapkan. Namun mereka menjadi mangsa metropolitan secara tidak langsung. Kos sara hidup yg menjulang meranapkan impian mereka. Mereka tidak mampu mempunyai rumah, tidak mampu memiliki walau sekecil billik sekalipun. Bagi mereka duit mereka lebih baik digunakan kepada perkara yg lebih penting. Ya Allah, aku bersyukur pada-MU atas segala nikmat, kesenangan yg kau limpahkan kpd aku.
Aku kembali ke alam nyata. Agrhhh.. Aku baru teringat yg aku blom tahu siapakah namanya. Lama bersembang tapi namapon aku x tahu. haha.. Kemudian aku menghadiahkan dia sebotol air mineral dan menanyakan namanya.
"Nama pak cik Abdul Rahim"
Terima kasih pak cik Abdul Rahim. Aku kemudiannya meminta diri dan bersalam mencium tangannya sebelum meninggalkannya. Orang ramai mula berpusu-pusu meninggalkan pawagam sebaik sahaja pintu keluar di buka. Sedikit demi sedikit kelibat Pak cik Rahim hilang dari pandangan.. Aku mengeluh sendirian. Apakah akan ada pertemuan lagi selepas ini.
Syahmi- Mencari guru subjek kehidupan
No comments:
Post a Comment