Kalaulah hidup ini cuma hitam dan putih,
Alangkah nudahnya hidup ini,
Manakan tidak.. Yang Benar itu jelas, Yang Batil itu nyata..
Yang Bahagia itu terserlah, Yang Dusta itu tersingkap..
Tapi hidup ini tak semudah seperti yang dijanjikan..
Tidak seindah seperti yg diceritakan..
Tidak semanis umpama yang diimpikan..
Hidup tidak cuma hitam dan putih..
Hidup penuh dengan warna-warna yang mengelirukan..
Dan ramai yg tertipu dengan pelbagai warna keraguan..
Dan hati,, hati adalah pentas kepada berjuta warna kehidupan..
Kisah-kisah mengenai duka&lara, suka&ria, kebenaran&hakikat,
dan juga penipuan&pengkhianatan terus berputar seiring berputarnya usia..
Mangsanya sudah pasti...Manusia - Hamba hina dan dina,
Terperangkap dalam berjuta pilihan warna kehidupan..
Kekhilafan akan menjatuhkan kita..
Warna-warni perasaan akan terus memancarkan kilauan warnanya..
Untuk memerangkap sesiapa yang terlena...
Life will go on.. Never stop 4 U
No comments:
Post a Comment