Friday, 12 October 2012

Muk

" Syahmi , bleh tak bluetooh mp3? " Tetiba bos aku bersuara.


" Boleh jer, tapi henset saya ni ape lar ada, lagu pun sket jer. " Aku membalas, terkejut gak aku tiba - tiba aku disapa.. Baru nak mengelamun.


      Aku melihat pengunjung di pasaraya ini yg menjadi tempat bos aku berniaga penuh dengan manusia yg mencari barang-barang keperluan mereka. Ada yang saja datang untuk melihat lihat, dan ada yang datang bersama teman istimewa untuk berdating mungkin.


" Bos nak lagu ape bos? " Aku bertanya.


" Aku nak MP3 lagu tajuk Muk.." Bos aku meminta.

Nama binatang ni adalah Muk.

" Muk?" Aku kehairanan. Mane plak aku pernah simpan lagu kumpulan Muk dalam henset W580i aku ni. Jap.. Jap, ada ker kumpulan Muk?? Aku bertambah konfius. Setahu aku Muk yg aku kenal adalah sejenis pokemon yang berwarna ungu yang badan cam lumpur tu.

  " Bos nak Muk pokemon tu ker?" Aku beranikan bertanya.

  " Weh, Muk pokemon tu wat natang aper.. Yang tu sket habuk pun aku tak gune. Aku nak Surah Muk tu. Mung ni pun syahmi, pelik betul lar." Bos aku membalas.

  " Oh , Al - Mulk... Cakaplah awal - awal. Kalu surah tu saya ada r. Hahaha, Ingatkan Muk pokemon tadi." Aku membalas, sambil mem'bluetooth'.


     Seringkali kita tersilap menafsir seseorang.. Kita rasa kita hebat, kita lebih berilmu. Lantas menjadikan kita ego. Buta dalam melihat perkembangan orang lain yg berusaha untuk menjadi baik.

     Dari jauh aku melihat bos aku mendengar dengan khusyuk mp3 yg baru aku bluetooh tadi. Arghh.. aku tinggalkan dia sementara, memikirkan apakah aku juga sedang berubah sepertinya.


p/s: Ilmu umpama air, mengalir dari tempat tinggi ke tempat rendah. Rendahkan dirimu dalam menuntut ilmu. Kamu akan belajar dari sesiapa sahaja yang kamu jumpa.

Wednesday, 10 October 2012

Aku ada cita - cita

Hari-hari belajar dari hidup

Aku ada cita-cita.. mungkin impian.

AKU NAK JADI PANDAI MAIN ALAT MUZIK

Sunday, 30 September 2012

Hari F

Hari-hari belajar dari hidup


Terasa minggu ini adalah minggu yang paling menyedihkan dalam hidup.
Segalanya terasa gelap, segalanya umpama musibah. Ape yang paling aku takuti dah berlaku. Aku dah gagal sebagai seorang pelajar di Universiti Engineering ini.

Aku Fail ODE ( Ordinary Differential Equation )
Aku score below 2.0 dalam GPA aku sedangkan aku cume baru first year.
Aku kene marah ngan abang aku.
Aku kene warning oleh PETRONAS (ini yg paling bahaya, naya aku kalu scholar kene tarik)
Helmet kesayangan aku umur x sampai satu sem kene curi.

Tayar motorsikal aku pancit.


Aduyai.. Aku dah mula membenci orang balik. Perlu untuk aku pentingkan diri sebab orang lain pun cuma pentingkan diri..
Dugaan yang datang bertimpa-timpa ni sikit je kot. InshaAllah, learn something new from it.

Sunday, 23 September 2012

Pengalaman

Hari-hari belajar dari hidup.

      Hari ni kami kengkawan semua berkongsi tentang pengalaman hidup sebelum masuk U dahulu. Sumpah aku memang terpegun mendengar kerana semua yang aku dengar tu belum pernah aku lalui. Bagi aku, perkara2 tu memang sangat unik. Ketika mendengar mereka bercerita, aku seakan dapat membayangkan keadaan aku berada di tempat mereka.





"everyone is the hero of their own story"


       Dan cerita yang paling aku suka adalah cerita fathurrahman mengenai kenakalan zaman kampungnya.. Sungguh memang aku tak dapat bayangkan bagaimana seronoknya dia menjadi seorang budak yang betul nakal. Suka mendatangkan masalah kepada orang lain. Betul2 berbeza dengan kisah hidup aku yang bosan. Benda yang hebat aku lakukan rupanya langsung tak terbanding dengan perkara giler2 yang dia buat. Terjun empangan yang tinggi dan dalam dengan payung terjun plastik, kemudian kemalangan yang hampir membawa kematian.. Memburu haiwan liar secara haram menggunakan senapang di sempadan Malaysia -Thailand sehingga di tangkap dan dibawa masuk kedalam lokap oleh tentera dan perhilitan, main - main obor - obor sampai membakar separuh daripada kebun milik jiran kampung, ditahan dalam lokap akibat merempit..

       Hahahah.. Ternyata memang seronok mendengar.. Terasa cam hidup aku betul2 bosan. Aku cam budak bandar yang skema. no life at all. Study , belajar, makan tidur.... but, to think about it again.. I realize.. Everyone is different. There is wrong if we differentiate people from their different. Setiap orang membesar dengan cara yang berbeza. Mungkin bagi aku kisah hidup aku bosan, tapi bagi orang lain mungkin kisah hidup yang aku hadapi sekarang ni memang itulah seperti yang mereka mahu.

Think Positive. Bersyukur dengan apa yang telah kita dapat dan ape yang sedang kita hadapi.

Apapun, my last word is.. I want to start to make my ow JOURNEY>>

" Life is not a destination, it is about journey.."

Saturday, 22 September 2012

Debat Perbincangan

Hari-hari belajar dari hidup


Hampir tak boleh tidur setelah mengharungi perdebatan yang panjang di kedai makan. Semua rahsia dirungkai, semua pemikiran dicedok, pelbagai analogi dikaitkan..

Menang bukan satu tujuan..
Kemenangan tidak bermakna jika menambahkan kebencian

Kesalahan bukan perkara memalukan..
Salahnya apabila menafikan kelemahan..

Seronok bercakap, seronok bersembang, seronok berdebat..


 

Wednesday, 19 September 2012

STE, Sem Sept dan Engineer


     


     Hari ni dah September 2012. Dah start dah sem baru.. Hahaha..Huhu..

     Aku mulakan sem baru ni dengan semangat baru.. Lupakan permusuhan.Mulakan penghidupan.   X gune mengenang perkara lepas. Mulakan Hidup. Tinggalkan masalah yg membelenggu.. Rase bersyukur gak sebab pegi STE.. Betul2 seronok..

Skang aku di sem baru, semangat baru. Start belajar balik..
Sedikit berkenaan sem september ni..

5 Course + 1 CoCuriculum.


Vector Calculus
( yang ni susah banyak )

Int. to Petroleum Geoscience
( pasal batu lar plak )

Reserve Rock & Fluid Properties
( yang ni pasal batu gak.. banyaknya batu )


Thermodynamic -
( ramai cakap ni subjek killer )

Islamic Studies...
( inshaAllah yg ni best  ^^ )

Dan last but not least.. Koku aku amek GAMELAN

Sunday, 16 September 2012

Last Minutes Punyer

Gambar Cilok kat Google







Aku memang suke buat kerje last minutes..
Patut kene ubah ni. X berfaedah untuk otak pada mase depan.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...