Sunday, 16 September 2012

Overwhelmed Rindu

Tak dapat nak kugambarkan sayang.
    Betapa kuat cintaku ini.
Hanya tuhan saja yg tahu,
    Niat ku yang suci ingin terus hidup  bahagia denganmu.

Dari hari ke hari ku rasa,
   Kasih sayang ku semakin sayang,
Tak Pernah ku benci padamu.
   Walaupun hatiku pernah dilukai.

Jangan pernah kau meninggalkan aku.
    Tak sanggupku berpisah denganmu
Bagaimana nanti bila aku rindu
    Di mana tempat nak ku bermanja

Demi tuhan ku sayang padamu
    Airmata menjadi saksinya.
Bagaimana lagi hendak ku buktikan, 
    Kesetiaannya cintaku ini

Apakah lagi yang kau mahu,
    Tak cukupkah pengorbananku.
Semoga kau mengerti perasaanku
    Bertapa ikhlasnya pengorbananku..

Bila hatiku  sudah sayang,
   Bukan mudah nak kulupakan
Biar pun pedih dugaan
   Rela ku hadapi sayang.
 
Cinta lahir dari lubuk hati.
    Bukan sengaja dipaksa - paksa,
Sekali aku jatuh cinta,
    Oh selamanya aku ingin bersamamu sayang.    





          Khairil tidak dapat bersabar lagi. Kakinya berhenti tapi hatinya meronta - ronta. Pedih. Sakit menahan kerinduan meluap - luap kepada sang kekasih yang hilang di mata untuk sekian masa. Kini dia berada berada cuma berada beberapa meter dari kekasih hatinya itu tetapi tembok yang rumah putih itu tidak memungkinkan dia untuk melihat Diana yang berada didalam.

        Pak Jaafar mengarahkan mereka untuk berhenti

        

Sunday, 9 September 2012

Benarkah Kata Hati?

          Derapan kakinya dipacu laju, tahu dia sudah terlewat. Jam di Adidas celup berharga RM10 di tangan kirinnya di pandang sekilas. Menduga berapa detik kah dia terlambat.  Kalaulah dia bertolak awal, pasti kali ini dia takkan kabut seperti sekarang. Kalaulah dia tidak terlalu leka menghayati kemeriahan  suasana di perkarangan Universiti Sains Kebangsaan itu sudah pasti sekarang ini dia sudah berada di dalam  Dewan Canselor Keramat .. Kalaulah, kalaulah... Arghh lupekan saje..pasti. Tiada gune menyesali apa yg telah pun berlaku. Yang dah berlalu sudah pun berlalu, yang paling penting adalah bagaimana kita menghadapi masa depan. Derapan kakinya  semakin dipacu.

       Kawasan didalam U itu terlalu baru besar baginya. Sesekali dia terfikir.

"Kalu sesat naya ni, mampus kene marah aku ni sebab lambat."

       Langkahnya di atur cepat tatkala dia menemui pintu - pintu Dewan Canselor Keramat itu. Sekilas matanya memandang kearah penyambut tetamu yang cantik berkebaya biru disertakan kain songket purple di sisi pintu Dewan Canselor Keramat itu.

" Silakan masuk, dah start dah ni. " katanya sambil tersenyum. 

" Arghh. senyumannya, manis sangat-sangat. Tak pernah pun Nadia senyum macam tu dekat aku, haha" hati Syaqrul berkata sendirian.

" Okey. Terima Kasih " Syaqrul membalas dengan senyuman.

      Bagi Syaqrul, tak elok membiarkan orang yg telah berkhidmat untuk membantu kita tanpa sedikit pun kita ucap terima kasih. Pantang bagi Syaqrul. Mane aci? cube r hargai orang sket. Inilah prinsip untuk memudahkan orang senang dengan kita. Barulah hidup akan selalu hepi.

          Pintu kaca yang bersaiz gergasi itu dikuaknya. Berat memang tak usah nak cakap lah. Jenuh Saiful menolaknya untuk masuk.

      " Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Speaker Dewan, rakan-rakan Yang Berhormat daripada pihak kerajaan, barisan pembangkang dan seterusnya ahli-ahli dewan sekalian....."  pendebat pertama mula  dengan semangatnya memainkan peranannya..

          Suasana gamat di dalam Dewan Canselor Keramat amat dirasai. Sorakan daripada penonton tuan rumah Universiti amat memeriahkan suasana. Syaqrul mula menyukai keadaan itu. Apatah lagi apabila melihat Syaza Nadia sedang tenang bersedia di meja kerajaan sebagai sebagai menteri kedua, menanti untuk berentap.  Syaza Nadia, seorang gadis yang sentiasa menjadi igauannya semenjak dari zaman kecil hinggalah sekarang. Kini berada jauh di hadapannya, dengan beribu-ribu mata yang memandang dari tempat duduk.

          Sorakan demi sorakan kedengaran apabila pendebat mula mengusik lawan masing -  masing. Ada yang tertawa.

      Apabila tiba gilirannya, Nadia bangun untuk berentap hujah justeru mematikan akal sidang pembangkang..

           Di tempat duduk yang paling dalam, Syaqrul memandang dengan penuh debaran. Diam. Menumpukan perhatian kepada kelibat Nadia yang sedang petah berbicara. Arghh.. dalam hatinya bergejolak. Seakan tidak percaya dengan apa yang disaksikan depan matanya. Kagum. Rasa teruja melihat karisma yang ditonjolkan sahabat dan juga pesaing nombor satu di sekolahnya itu. Cemburu. Namun tidak iri hati. Cuma cemburu kerana dia tidak seperti Syaza. Tidak sepetah syaza berkata-kata.

           Suara Nadia yang nyata tegas dan bersemangat  lagak seperti seorang pemimpin berjuang untuk rakyat marhaen. Syaqrul terpesona. Arghh.. Hebatnya dia melebihi dirinya sendiri. Terkadang malu dirasakan. Sebaik sahaja Syaza menghabiskan sesinya, Syaqrul terus menarik diri dari Dewan Canselor Keramat. Keluar bersama hati yang mula sangsi.




                                                      *     *     *     *     *     *     *     *





Wednesday, 29 August 2012

OMEGA

OMEGA : Kenangan SASER

Omegarian bergambar di Subang ketika
melawat Zharrieq Haizad (baju biru seluar slack)

Thursday, 23 August 2012

TERENGGANU

Terengganu. Satu perkataan yg membawa maksud yg amat bermakna.

Menjadi seorang mahasiswa di sebuah universiti terkemuka di Malaysia, aku mula belajar bahawa yang aku ini rupanya ada jiwa pegembara. Aku selalu mengembara, melihat tingkah laku manusia, sikap, dan pelbagai lagi. Kata orang , makin jauh berjalan, makin bertambah pengalaman. Itu yg aku tujui. Setelah beberapa lama berjalan, baru aku tahui, aku sangat2 menghargai negeri orang, tapi aku kurang menghargai diri sendiri.

      Negeri Terengganu ternyata berbeza. Aku dapat rasakan roh islam itu wujud didalam negeri ini, tidak seperti yg aku rasakan ketika aku mengembara di tempat lain. Khatib-khatibnya menyampaikan khutbah dengan bersemangat sekali, seolah-olah menegembalikan siapa aku yg sebenarnya kini, bagaikan terkejut dari lena..



Syahmi - simpan hasrat untuk mengembara ke luar negeri...

Thursday, 9 August 2012

Mencari Erti Pengorbanan





"Enta perlu berkorban syahmi. Berkorban untuk orang lain" Suara itu mendesak.

" Walaupun terpaksa korbankan diri sendiri? Korbankan perasaan diri? " Aku membalas

" Ya, walaupun terpaksa korbankan diri. Sebab itulah pengorbanan itu manis "

" Walaupun terpaksa lupakan hasrat diri? Impian diri? Harapan diri? Untuk penuhi keinginan orang lain? "

" Tu soalan untuk perangkap ana tu.. haha " Dia tersenyum mendengar putar belit aku.

Aku sentiasa rindukan saat ini. Saat ketika aku dan beliau bercakap mengenai prinsip hidup, mengenai arah tuju hidup.
Umur setahun jagung aku ternyata perlukan banyak bimbingan. Perlukan banyak pentaksiran, perlukan banyak kefahaman.

Menyedari aku seakan - akan mula hilang arah tuju, beliau mula memahami aku. Mencuba memujuk aku. Terkadang diri ini ampuh, terlalu fanatik mendokong pemikiran sendiri yg tidak boleh digauli pemikiran orang lain..

Kematangannya berkata-kata menjadikan aku terkadang kelu, benarlah, dialah Juara Pendebat Terbaik Peringkat Negeri, tapi aku menyedari apabila dia berkata-kata, dia menyembunyikan hakikat itu. Merendahkan diri. Menyetujui dan tidak menyentujui perkataan aku. Baginya aku ada benarnya, walaupun hakikatnya aku merasakan kesalahan aku ini.

Aku terlalu keras dengan prinsip aku. Sombong. Pentingkan diri. Tapi dia tidak pernah menyalahkan.

Sungguh aku rindu akan dia.. Seorang Akhi..


Monday, 6 August 2012

Geli

  Kekadang geli geliman dirasakan..
Apabila dipaksa menerima perasaan yg pelik.
Menahan kerenah kawan yg pelbagai.
Yg giler2 memang aku giler,
Yg jiwang2 memang aku pun mengaku aku jiwang,
Tapi biler yg lovey dovey...
Ekk.. Ya Allah, terasa cam perlukan awek disisi,
Untuk me'neutral'kan hati kembali..
Arghh.. Aku rasa cam nak lari.

Kenapa mesti aku?!!
Orang lain ramai agi..
Carilah orang lain..
YA ALLAH.. Tolonglah aku..
Ni kengkadang rasa cam kahwin cepat ni..
haha.haha.. (Ye lah, ngan bini r kite citer sume)
Gatal plak aku ni..



p/s: Hidup semakin hari semakin pelik.

Thursday, 26 July 2012

Marhaban ya Ramadhan : Mode Puasa



RAMADHAN DAH PUN TIBA!!!

Alhamdulillah dan Syukur sebab dapat ditemukan dengan bulan RAMADHAN tahun ni dalam keadaan sihat wal afiat. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...