Apa guna berkawan dan bersahabat, kalau hanya ada ketika bergembira, tapi hilang dan melarikan diri apabila ada rakan yang berada dalam keadaan kesusahan.
Setiap daripada kita pasti akan melalui kesusahan, itu adalah lumrah hidup, dan sebagai kawan pastikan kita sentiasa ada untuk membantu ketika sahabat yang lain ditimpa ujian.
Stress, depression dan kemurungan adalah perkara yang biasa dialami oleh setiap yang hidup. Apatah lagi dalam kalangan Student dan mereka yang masih didalam transisi daripada alam belajar kepada alam pekerjaan. Ramai yang mendiamkan diri daripada 'membuka' perkara buruk yang menimpa mereka, malah ada yang memilih untuk menyendiri. Yalah, siapa yang berbangga apabila nasib buruk menimpa.
Tapi sebagai seorang kawan, kita perlulah sentiasa peka dengan segala perubahan yang menimpa sahabat kita.
Di sini aku ingin menerangkan 7 petanda yang menunjukkan orang disekeliling kita memerlukan bantuan.
1. Kawan anda tiba tiba berpelakuan menyakitkan hati.
Annoying, tak pernah selama ini anda memerhatikan dia se'annoying' seperti yang anda lihat sekarang. Percaya atau tidak, itulah petanda bahawa rakan anda sekarang dalam keadaan yang memerlukan bantuan. Perbuatan menyakitkan hati yang dilakukan hanyalah 'smokescreen' untuk menyembunyikan hasrat sebenarnya yang memerlukan bantuan dan perhatian.
2. Susah untuk tidur malam.
Insomnia, selalu tidur lewat malam kadang-kadang sampai pukul 2, 3 pagi dan bangun tengah-tengah hari, inilah petanda bahawa seseorang itu berada dalam keadaan depression. Tidur amat penting bagi manusia. Ada manusia yang mati akibat tidak tidur untuk jangka masa yang lama.
2. Susah untuk tidur malam.
Insomnia, selalu tidur lewat malam kadang-kadang sampai pukul 2, 3 pagi dan bangun tengah-tengah hari, inilah petanda bahawa seseorang itu berada dalam keadaan depression. Tidur amat penting bagi manusia. Ada manusia yang mati akibat tidak tidur untuk jangka masa yang lama.
3. Kerap mengalami sakit kepala dan selalu keletihan.
Kesihatan akal dan kesihatan badan adalah sangat berkait. Apabila badan anda cuba untuk memulihkan kesihatan mental anda akibat depression, sakit kepala dan lemah badan adalah perkara biasa.
4. 'Demotivated' dan tidak bertenaga.
Rasa dan tidak bertenaga dan selalu keletihan adalah simpton yang berpunca daripada kemurungan.
Perkara kecil yang berlaku kepada seorang yang tengah depressed akan menjadi satu masalah yang besar.
Perkara kecil yang berlaku kepada seorang yang tengah depressed akan menjadi satu masalah yang besar.
5. Perasaan Menyalahkan diri.
Apabila seseorang mengalami kemurungan, dunia yang luas terasa sempit, waktu yang singkat berjalan terasa perlahan, hidup yang indah dirasakan tidak bernilai. Dunia seakan gelap dan tiada pengharapan. Dan mereka merasakan diri mereka adalah 'pesalah utama' yang bertanggungjawab menjatuhkan diri sendiri. 'Self-blaming' akan berterus-terusan bermain difikiran dan mereka akan merasakan bahawa mereka perlu diselamatkan daripada diiri mereka sendiri, dan jika keadaan ini dibiarkan berlarutan, sucidal thought akan mula menimpa mereka. Perhatikan mereka dan pastikan anda bersama mereka untuk mengharungi fasa ini.
6. Berpelakuan pelik yang boleh mendatangkan bahaya.
Kemurungan juga adalah pendorong kepada tingkah laku yang berbahaya. Kerana ingin menghilangkan kemurungan, manusia mengambil langkah drastik sehingga boleh membahayakan diri semata-mata untuk merasai puncak adrenaline.. Perbuatan berbahaya seperti memandu laju, merempit,, melakukan jenayah mahupun penipuan semestinya menjadikan adrenalin seseorang itu mengalir deras. Adrnalin menghilangkan ketakutan dan tanpa terkawal menghilangkan kewarasan untuk berfikir.
Minum arak, ketagih pornografi, jenayah dan seks bebas adalah jalan singkat menuju puncak ecstasy. Percayalah, ini bukanlah jalan penyelesaian kepada kemurungan, malahan boleh mendatangkan mudarat yang lebih besar di masa akan datang.
7. Menjadi pelupa dan mudah untuk hilang tumpuan.
Menjadi pelupa amat mudah apabila akal lemas dalam kemurungan. Akal seakan hilang fungsi dan menjadikan seseorang itu mudah untuk hilang tumpuan. Kalau kawan anda seorang student, dan anda mendapati rakan anda mendapat markah gagal dalam quiz ataupun test, percayalah, itu adalah tanda tanda kemurungan.
Menjadi pelupa amat mudah apabila akal lemas dalam kemurungan. Akal seakan hilang fungsi dan menjadikan seseorang itu mudah untuk hilang tumpuan. Kalau kawan anda seorang student, dan anda mendapati rakan anda mendapat markah gagal dalam quiz ataupun test, percayalah, itu adalah tanda tanda kemurungan.
No comments:
Post a Comment