Saban Tahun, apabila sudah memegang title sebagai pelajar tahun akhir seakan - akan satu perasaan luar biasa yang unik akan mula timbul.
Menjadi golongan yang paling senior, yang paling berpengalaman dalam liku-liku kehidupan dikampus, kita mula tidak sabar menghitung hari, untuk menghabiskan sisa - sisa waktu sebagai mahasiswa/i. Tekanan belajar yang dialami selama 4 tahun di kampus mula dirasakan hampir ke penghujungnya. Tiada lagi stress assignment, tiada lagi test, dan yang penting, tak perlu lagi bersengkang mata untuk menhabiskan semua silibus sampai pukul 4 pagi semata-mata untuk final exam pada keeseokkan harinya.
Hari - hari sebagai seorang yang sudah bergraduasi digambarkan terlalu indah dan amat ditunggu-tunggu. Seakan-akan dunia yang lenang dan penuh kegembiraan.
Kemudian, REALITI MULA MENGHIMPIT....
Kita mula faham apa sebenenarnya itu 'tahun akhir'. Kita mula bekerja kerasa untuk menaikkan CGPA, mula menulis resume, dan membaiki resume yang sudah kita ada, mula berkira-kira untuk mencari pekerjaan, mula berfikir untuk menerjah realiti kehidupan - membayar hutang pembelajaran, mencari pasangan, balas jasa ibu bapa, dapatkan pekerjaan, kumpulkan harta dan pelbagai lagi perancagang, Dan setiap kali persoalan itu timbul, kita mula gelisah.
"Apakah aku sudah bersedia?"
"Apakah aku sudah cukup perancangan?"
Bagi sebahagian daripada kita, jawapan kita mudah. "Aku tak tahu".
Setiap hari, sejak daripada tadika, perjalanan hidup kita selama ini mudah diramal. Pergi sekolah (kemudian masuk U), buat kerje sekolah, kemudiannya cuti penggal, dan perkara ini berulang-ulang sehinggalah tamat zaman remaja. Inilah rutin yang kita lakukan dan kita ulang-ulang saban tahun dan sehinggalah mendapat segulung ijazah ataupun diploma.
Sekarang rutin itu hampir tamat. Apa yang tersurat seterusnya terlalu kabur. Masa hadapan mereka kini 100% terletak dibahu mereka. Jika baik perancangan mereka, baiklah keputusan yang akan mereka dapat.
Tidak dinafikan, adanya tekanan terhadap golongan tahun akhir ini untuk mereka mempunyai pelan yang jelas sebaik sahaja mereka dilepaskan ke dunia sebenar. Mereka mula kalut dan tertekan. Krisis identiti mula menghantui tanpa henti dan amat malang lagi apabila mereka mula melihat masa hadapan mereka sebagai kusut dan kelam. Mereka kemudiannya tenggelam dalam syndrom depression.
Apa yang akan aku lakukan selepas ini?
Ke mana aku nak pergi?
Sambung Master, atau nak terus kerja?
Macammane nak dapat kerja? Dah ramai siswazah yang mengganggur..
Kahwin? Cukup ker duit nak kahwin?
To be honest, aku pun tak ada jawapan untuk permasalahan ini. Malah, inilah apa yang aku hadapi sekarang. Tapi aku yakin dan percaya, segalanya akan berlaku dan terjadi dengan sebaiknya. Cuma jangan berputus harapan dan berusaha untuk mencapai tujuan dan matlamat yang telah di tetapkan.
Seperti satu magic word yang selalu diulang ulang dalam cerita '3 Idiot'.
All is well.
Semuanya akan pasti baik.
-- Syahmi Baderus --
No comments:
Post a Comment