Thursday, 24 March 2016

High Mach Person


I'm a High Mach Person

So I have done one of the online test regarding level of machiavelinism attitude that one may possessed.

Actually, I'm not even surprise with the result. Hurm



Wednesday, 16 March 2016

Tekanan Graduasi : Chill lah..

Saban Tahun, apabila sudah memegang title sebagai pelajar tahun akhir seakan - akan satu perasaan luar biasa yang unik akan mula timbul.

Menjadi golongan yang paling senior, yang paling berpengalaman dalam liku-liku kehidupan dikampus, kita mula tidak sabar menghitung hari, untuk menghabiskan sisa - sisa waktu sebagai mahasiswa/i. Tekanan belajar yang dialami selama 4 tahun di kampus mula dirasakan hampir ke penghujungnya. Tiada lagi stress assignment, tiada lagi test, dan yang penting, tak perlu lagi bersengkang mata untuk menhabiskan semua silibus sampai pukul 4 pagi semata-mata untuk final exam pada keeseokkan harinya.

Hari - hari sebagai seorang yang sudah bergraduasi digambarkan terlalu indah dan amat ditunggu-tunggu. Seakan-akan dunia yang lenang dan penuh kegembiraan.

Kemudian, REALITI MULA MENGHIMPIT....

Kita mula faham apa sebenenarnya itu 'tahun akhir'. Kita mula bekerja kerasa untuk menaikkan CGPA, mula menulis resume, dan membaiki resume yang sudah kita ada, mula berkira-kira untuk mencari pekerjaan, mula berfikir untuk  menerjah realiti kehidupan - membayar hutang pembelajaran, mencari pasangan, balas jasa ibu bapa, dapatkan pekerjaan, kumpulkan harta dan pelbagai lagi perancagang, Dan setiap kali persoalan itu timbul, kita mula gelisah.

"Apakah aku sudah bersedia?"
"Apakah aku sudah cukup perancangan?"

Bagi sebahagian daripada kita, jawapan kita mudah. "Aku tak tahu".

Setiap hari, sejak daripada tadika, perjalanan hidup kita selama ini mudah diramal. Pergi sekolah (kemudian masuk U), buat kerje sekolah, kemudiannya cuti penggal, dan perkara ini berulang-ulang sehinggalah tamat zaman remaja.  Inilah rutin yang kita lakukan dan kita ulang-ulang saban tahun dan sehinggalah mendapat segulung ijazah ataupun diploma.

Sekarang rutin itu hampir tamat. Apa yang tersurat seterusnya terlalu kabur. Masa hadapan mereka kini 100% terletak dibahu mereka. Jika baik perancangan mereka, baiklah keputusan yang akan mereka dapat.

Tidak dinafikan, adanya tekanan terhadap golongan tahun akhir ini untuk mereka mempunyai pelan yang jelas sebaik sahaja mereka dilepaskan ke dunia sebenar. Mereka mula kalut dan tertekan. Krisis identiti mula menghantui tanpa henti dan amat malang lagi apabila mereka mula melihat masa hadapan mereka sebagai kusut dan kelam. Mereka kemudiannya tenggelam dalam syndrom depression.


Apa yang akan aku lakukan selepas ini?
Ke mana aku nak pergi?
Sambung Master, atau nak terus kerja?
Macammane nak dapat kerja? Dah ramai siswazah yang mengganggur..
Kahwin? Cukup ker duit nak kahwin?


To be honest, aku pun tak ada jawapan untuk permasalahan ini. Malah, inilah apa yang aku hadapi sekarang.  Tapi aku yakin dan percaya, segalanya akan berlaku dan terjadi dengan sebaiknya. Cuma jangan berputus harapan dan berusaha untuk mencapai tujuan dan matlamat yang telah di tetapkan.

Seperti satu magic word  yang selalu diulang ulang dalam cerita '3 Idiot'.

All is well.




Semuanya akan pasti baik.


-- Syahmi Baderus --

Tips Beli Rumah Sebaik Sahaja Graduasi

7 KESILAPAN FRESH GRADUATE BELI 2 RUMAH SELEPAS 10 BULAN BEKERJA.
...................
Saya bercadang nak kongsikan kisah benar seorang fresh graduate yang berjaya memiliki 2 rumah selepas 10 bulan mula bekerja.
Saya akan highlightkan kesilapannya dan saya juga akan berikan cara yang lebih baik supaya fresh graduate lain boleh beli rumah lebih cepat dan berstrategik berbandingnya.
1. Dia mula menghadiri seminar dan talk hartanah pada bulan Ogos 2014. Pada masa yang sama membaca buku-buku hartanah dan follow sifu-sifu hartanah di Facebook.
2. Dia mula bekerja pada hujung bulan September 2014 pada usia 23 tahun sebagai staff kontrak dengan gaji kurang daripada RM3000. Dia buat saving sebahagian besar daripada gaji kerana dia tahu, lagi banyak dia menyimpan, lagi cepat terkumpul modal deposit untuk beli rumah.
3. Dia mula berjinak-jinak dengan website mudah.my untuk mencari rumah di bawah harga pasaran walaupun masih dalam status pekerja kontrak. Buat site visit rumah yang dia berkenan untuk dapatkan pengalaman nego dengan owner dan ejen hartanah.
4. Anak pertama mereka lahir pada bulan November 2014. Memang mencabarlah juga sebab agak banyak duit simpanan dihabiskan untuk persediaan barang baby dan juga kelahiran. Excited anak pertamalah katakan. Ambil pakej yang paling murah di hospital swasta. Biarlah murah pun, asalkan bukan doktor lelaki yang sambut kelahiran anak mereka. Alhamdulillah dapat baby boy.
5. Pada bulan Mac 2015, dia dapat convert to permanent position dan dia terus buat kad kredit walaupun pada waktu itu dia masih dalam probationary period. Tujuan, untuk mewujudkan rekod CCRIS. Cadangnya lepas beli rumah nak terminate kad kredit tu. Tapi sampai sekarang masih guna. Sebab dia adalah pengguna kad kredit yang bagus. Tak pernah lagi baki tertunggak. Kad kredit memudahkan hidup dia untuk isi minyak dan beli barang keperluan harian. Tapi ingat, kad kredit adalah mimpi ngeri kepada orang yang kaki shopping.
6. Selepas 3 bulan pakai kad kredit (Jun 2015), dia terjumpa rumah yang sesuai sebagai rumah pelaburan pertamanya. Rumah flat yang dijual 17% di bawah harga pasaran. Pembiayaan rumah lulus dengan mudah alhamdulillah.
7. Untuk rumah pertama, dia hanya menggunakan sebahagian kecil daripada kelayakan pinjamannya. Jadi, dia dapat beli rumah kedua pada bulan berikutnya. Rumah landed di Negeri Sembilan. Tiada apa-apa masalah kerana dia beli dengan ilmu dan tahu kelayakan pinjaman maksimum. Alhamdulillah pada Julai 2015, dia sudah memiliki 2 buah rumah.
8. Untuk rumah ketiganya pun ada juga kisahnya tapi insyaAllah saya akan ceritakan pada masa yang lain.
9. Sebenarnya apa yang dia lakukan itu bukanlah cara yang terbaik, terpantas untuk fresh graduate memiliki rumah secepat mungkin. Dia beli rumah dengan ilmu yang agak terhad dan tidak cukup. Juga tanpa bimbingan personal daripada sifu-sifu.
10. Jangan ulangi kesilapan dia. Perkara yang boleh diperbaiki oleh anda berdasarkan kisahnya adalah:
 Dia agak lambat bermula. Kesedaran pemilikan hartanah sepatutnya mula sejak tahun pertama di universiti. Lebih awal daripada tu adalah lebih baik.
 Simpan duit deposit rumah sebanyak mungkin sejak di universiti. Buat part time mengajar tuisyen ke, jual tudung ke, trading saham ke, sekatilah.
 Buat ASB Financing-i dan bayar guna duit PTPTN atau biasiswa. Setahun pertama bayar installment. Tahun berikutnya rolling guna dividen. Jadi tak perlu dah mohon kad kredit jika hanya untuk mewujudkan rekod kredit dalam CCRIS. Jimat masa. Boleh follow FB sifu-sifu ASB.
 Belajar tentang hartanah secepat mungkin. Lagi cepat kita belajar, lagi banyak ilmu kita ada semasa nak beli rumah lepas dapat kerja nanti.
 Target kerja yang berstatus permanent. Kalau kerja kontrak yang short term, bank susah nak beri pembiayaan perumahan. High risk applicant katanya. Tapi, janganlah memilih sangat. Kalau dah memang dapat kerja kontrak, terima sahaja. Mungkin rezeki anda memang di situ. Kerja rajin-rajin supaya cepat convert to permanent. Cari kerja secepat mungkin!!
 Beli 2 rumah pertama serentak. Jimat masa, jimat tenaga. Setiap daripada kita boleh dapat margin of finance (MOF) up to 90% untuk pembiayaan rumah pertama dan kedua. Kira kelayakan loan anda sebelum beli rumah tau. Jangan main hentam beli rumah atas tahap kemampuan kita.
 Perlu ada support group. Kalau nak tanya apa-apa, boleh terus dapat jawapan. Masa dia beli 2 rumah tu, tiada support group yang baik. Sekarang dah ada. Hihi. Terima kasih MISI MENCARI RUMAH dan STALKER HARTANAH.
............
Jadi, kepada adik-adik yang masih dalam pengajian di universiti, maktab, matrikulasi mahupun yang masih di sekolah menengah, semoga anda berjaya memiliki rumah dengan lebih pantas selepas ini.
Lepas ni, insyaAllah makin keraplah kita dengan cerita budak umur 22 tahun dah berjaya memiliki 3 buah rumah selepas 4 bulan mula bekerja.
Tekan SHARE supaya perkara ini boleh menjadi realiti suatu hari nanti.
Jomlah sama-sama jadi HIPSTER dalam bidang hartanah. Tak payah nak acah-acah HIPSTER sangat bab-bab makan mahal, jubah mahal, kereta mahal. Beli je rumah banyak-banyak di awal usia. Ingat pesan abang ni sampai bila-bila ya.
Kihkih!!
Disclaimer: Tips yang dikongsikan adalah tips secara umum. Buat keputusan yang sesuai berdasarkan situasi dan kemampuan anda sendiri.

Copy Paste

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...