Wednesday, 10 April 2013

Seorang Pelajar di Usia 20

Aku hanyalah seorang mahasiswa, tujuh bulan daripada waktu nukilan ini dihikayatkan aku akan memasuki umurku yang ke dua puluh.

Aku mahasiswa. Lagi tujuh bulan umurku akan genap dua puluh

Aku mahasiswa yang diwaktu umurku dua puluh sudah pun menanggung hutang RM64,000.

Aku mahasiswa di umur 20 menanggung hutang. Semakin bertambah umurku, semakin bertambah hutangku.

cakaran kaki: Tidak mampu lagi yakin melangkah dan memikir seperti dulu.


Saturday, 6 April 2013

Ops Israel : Hacktivism kini menjadi Aktivisme


Pada tarikh 7 April 2013, bermulanya operasi anonymous daripada seluruh dunia yang menjadikan aktiviti hacktivisme menjadi sebahagian daripada aktivisme untuk menunjukkan sokongan kepada warga palestin.
Walausiapaun kamu semua, tapi aku tahu kita mempunyai hati yang sama dan kita turut sama terluka apabila ada diantara kita yang disakiti.
   

         Serangan internet besar-besaran seperti ini pasti akan menimbulkan keresahan kepada Israel kerana internet kini sudah menjadi seperti sebahagian daripada kehidupan hampir keseluruhan manusia diseluruh dunia. Sebarang kebocoran dan sebarang infiltration melalui internet untuk mengawalnya pasti akan menjejaskan mereka yang menggunakannya.

         Serangan kali ini adalah serangan terbesar seumpamanya yang pernah dilancarkan. Dipercayai pelbagai kumpulan daripada seluruh dunia menyertai operasi kali ini. Mengikut pemerhatian penulis, penulis dapat lihat jika sebelum ini, antara hackitivist yang pernah melancarkan serangan siber ini kebanyakkannya adalah hacktivist daripada asia barat dan daripada negara umat Islam seperti Turki, Tunisia, Palestine, Indonesia malah daripada Malaysia juga. Tetapi untuk operasi kali ini, penulis dapat melihat keterlibatan hacktivist daripada negara-negara bukan Islam seperti Amerika Syarikat, Spain dan negara-negara lain seperti Argentina yang dilaporkan telah meng'hijack' beberapa laman web milik kerajaan Israel dan meletakkan mp3 al-quran untuk menjadi halwa telinga mereka.

         Page-page di Hacktivism dan yang berkaitan dengan solidariti masyarakat dunia juga kini menjadi menjadi tumpuan warga internet seluruh dunia yang menyambut dengan tangan terbuka dan mendokong perjuangan yang digelar oleh sebahagian hacktivist sebagai "Hacktinfada" ini.



Antara group Hacktivist yang turut serta


p/s: Aku melihat  kesatuan umat manusia bersatu menentang kezaliman.


Tuesday, 2 April 2013

Palestine, Anonymous dan Revolusi Anonymous



Pada hari selasa (2 April 2013).. Palestine berdarah kembali. Israel sekali lagi melanggar gencatan senjata yang dimeterai selepas tamatnya perang lapan hari yang bermula pada 14 November 2012  selepas pembunuhan Komander Hamas Ahmed Al-Jabari. Mereka merancang, tetapi mereka lupa bahawa Allah juga merancang.

          Perang Lapan hari atau dikenali sebgai Operation Pillar of Defense yang diumumkan melalui Twitter rasmi Israel Defense Force (IDF) adalah perang pertama seumpanya yang pernah diumumkan secara rasmi di Twitter. Menggunakan "Self-Defense" sebagai alasan untuk meraih simpati penduduk dunia, Israel sendiri pada hakikatnya telah menafikan hak penduduk Palestine untuk melindungi diri. Komander As-syahid Ahmed al-jabari telah dibunuh tanpa bicara dengan cara assasination yang ternyata melanggar hak asasi dan waras akal seorang manusia yang bertamadun. Ini belum dikira lagi kanak-kanak dan wanita-wanita yang syahid dan tercedera sepanjang episod penjarahan negara Palestin.

          Jika dahulu penduduk dunia ramai yang memihak kepada Israel disebabkan 'misinformation' yang disuapkan kepada mereka, sekarang pola keadaan dilihat semakin berubah apabila kuasa individu bersatu sudah mula kelihatan mencabar kuasa Tyranny dan Corporation yang selama ini menindas dan memanipulasi pemikiran seluruh warga marhaen dunia hasil daripada aduanan prinsip sekularisme yang didokong oleh gerakan yahudi antarabangsa dan diproksikanoleh Amerika Syarikat.

         Mereka yang bangkit bukanlah sesiapa.  Mereka cuma adalah golongan terendah dalam sistem kasta yang diwujudkan oleh kumpulan illuminati. Mereka adalah hamba kepada Corporation dan Sistem. Tetapi mereka kini bukan lagi hamba kepada sistem dan manusia. Mereka adalah golongan mahasiswa. Mereka adalah golongan internet. Mereka adalah golongan marhean. Jadi siapakah mereka? Mereka pada hakikatnya adalah kita sendiri. Kita sudah mula bertindak untuk berfikir dan memahami realiti.

          Mereka adalah golongan 99% yang mendiami dunia ini dan kini mereka mula mengetahui bahawa dunia sebenarnya bukan milik mereka. Dunia sebenarnya diatur untuk memnuhi kehendak golongan 1% yang menindas.


         Mereka juga adalah anonymous. V for Vendetta adalah sebagai simbol dan idea. Dan mereka kini giat mempromosikan keamanan dan kesedaran melalui laman sesawang dan laman sosial. Sesetengah mereka menjadi hacker atau penggodam dan bertindak menggodam laman sesawang yang dimiliki oleh sesebuah negara atau pun corporation untuk menunjukkan solidariti dan pandangan mereka dalam satu bentuk yang memberi pengajaran.
       
         Mereka adalah anonymous. Mereka ada dimana-mana. Mereka mengkaji. Dan ramai daripada mereka menyokong Palestine dalam menghadapi penjajahan oleh Israel. Mereka terdiri daripada pelbagai manusia berlainanan latar belakang. Berlainana agama, berlainan bangsa, berlainan etnik dan negara. Mereka semua bersatu. Mereka adalah aku. Dan aku adalah kamu.



We are anonymous.
We do not forget.
We do not forgive.
Expect Us.

United by infinity.
Divided by zero.                            



Aku sayang Ummie dan Abah

Seorang anak akan tetap menjadi seorang anak dihadapan ibu dan bapanya.
Maka layakkah untuk seorang anak mendongak bangga tanpa sedikit pun rasa sayang terhadap ibubapa?

Just my common sense.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...