Tipulah jika tiada apa-apa perasaan.
Semalam aku mendapat berita perkahwinan, perkahwinan seseorang yang telah lama sengaja dilupakan oleh abang aku. Perkahwinan kekasih lama dia yang diatur oleh keluarga si perempuan. Aku bertanya, dengan siapakah dia berkahwin, jawapan yang didengar adalah seorang bakal doktor yang tidak lama lagi akan bergraduasi. Bagi aku, pasti abang aku akan kecewa. Benar kerana aku pun tahu siapa kekasihnya itu. Senior aku, peramah dan pernah beberapa kali singgah di rumah aku untuk bertemu ibubapaku. Pernah mengirim makanan beberapa kali kepada keluargaku. Selalu keluar bersama abang aku ditemani kawan-kawan yang lain. Maka tipulah jika langsung tiada perasaan.
Reaksi abang aku bila ditanya? " Biarlah, aku tinggalkan dia kerana Allah. Tidak pernah rugi sekalipun jika meninggalkan dunia dan seisinya sekalipun kerana Allah" Gulp.. Aku terdiam.
No comments:
Post a Comment