Tuesday, 26 February 2013

Sungguh aku kecewa..

Sungguh aku kecewa.. Aku merenung wajahnya lama. Memikirkan apakah begini rupanya orang yang aku cari.. Siapa orang aku cari? Orang yang aku cari adalah seorang petualang setia. Kerjanya memusnah, bukan membina. Menghancur, bukan memupuk. Kerana itu aku mencari. Dan kini aku berjumpa.

Aku masih merenung wajahnya lagi... Merenung memikirkan apakah ini wajahnya..
 Eh, ini kawan aku!! Ini orang yang aku lindung!!! Ketika dia dituduh, aku pertama bangkit mempertahan.
Eh, ini sahabat aku!!! Ini bukan orang yang aku kenal. Aku kenal siapa dia ini..
" Tidak kamu tidak kenal..kerana dia adalah Petualang" dan aku adalah mangsanya...
Maka sungguh aku kecewa..
Ini orang yang aku sangka kenal, rupanya petualang.

Sunday, 17 February 2013

Seorang Bapa


Haji Baderus Bin Ismail
*Gambar pada sekitar akhir  tahun 2011 di Kuala Lumpur


Hari Reunion

     Setelah untuk sekelian kalinya. Akhirnya, reunion yang telah lama dirancang telah pun berjaya dilaksanakan pada tarikh 11 Februari 2013 bertempat di SK Padang Hiliran dengan sebaiknya.

     Walaupun kehadiran yang tidak memuaskan namun bagi aku ini merupakan satu permulaan yang baik untuk kesinambungannya selepas ini.. InshaAllah selepas ini akan ada lagi reunion seperti ini. Lebih menarik dan lebih banyak aktiviti. Terima kasih kepada semua yang telah bertungkus-lumus 
untuk reunion kali ini.

     Terkilan sebab gambar aku sikit. haha sebab aku sendiri yang jadi photographer.. Cantik gak gambar2 yang aku amek.

SKPH: Tempat Segala Kenangan budak sekolah



Budak SKPH



Lagi gambar














Di dalam Kelas 6 Karisma




Antara yang hadir

Antara yang hadir juga
*tak tahu nak letak caption aper

                                                                         
Cikgu Shaharuddin Cikgu yang paling sporting
Hanya aku..
 

Saturday, 9 February 2013

Tipulah Jika Tiada Perasaan..

Tipulah jika tiada apa-apa perasaan.
Semalam aku mendapat berita perkahwinan,  perkahwinan seseorang yang telah lama sengaja dilupakan oleh abang aku. Perkahwinan kekasih lama dia yang diatur oleh keluarga si perempuan. Aku bertanya, dengan siapakah dia berkahwin, jawapan yang didengar adalah seorang bakal doktor yang tidak lama lagi akan bergraduasi. Bagi aku, pasti abang aku akan kecewa. Benar kerana aku pun tahu siapa kekasihnya itu. Senior aku, peramah dan pernah beberapa kali singgah di rumah aku untuk bertemu ibubapaku. Pernah mengirim makanan beberapa kali kepada keluargaku. Selalu keluar bersama abang aku ditemani kawan-kawan yang lain. Maka tipulah jika langsung tiada perasaan.

Reaksi abang aku bila ditanya? " Biarlah, aku tinggalkan dia kerana Allah. Tidak pernah rugi sekalipun jika meninggalkan dunia dan seisinya sekalipun kerana Allah"  Gulp.. Aku terdiam.

Thursday, 7 February 2013

Otak Aku #1

Maaf.
Aku bukan kamu dan kamu bukan aku
Aku tidak akan sesekali menjadi kamu dan kamu tidak akan sesekali menjadi aku.
Biarkan aku begini tanpa dipeduli, kerana aku kini adalah aku yang menyesal dengan kamu.
Kamu menuduh aku tanpa melihat dirimu.
Seperti jari telunjuk yang berkait.
Biarkan aku begini.
Maaf.. kerana ternyata kamu lagi suci

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...