Thursday, 17 January 2013

Untuk Anonymous



Seorang anonymous mahupun seorang yang menggunakan "fake account" tidak boleh untuk merasa tersinggung jika dikecam dan dicerca atas kebodohan sendiri yang terlalu ghairah ingin menjadi  stalker kepada kisah-kisah peribadi orang lain serta menuduh seseorang atas yang tidak pasti. Matlamat tidak pernah menghalalkan cara. Jika benar apa yang nak disampaikan, maka beranilah kerana kebenara, bukan bersembunyi disebalik nama anonymous atau "fake account".atlamat tidak pernah menghalalkan cara. Jika benar apa yang nak disampaikan, maka beranilah kerana kebenaran, bukan bersembunyi disebalik nama anonymous dan "fake account".



Maka bodohlah jika si "fake account user" ni tersinggung apabila dirinya dikritik kembali sedangkan dia sendiri pun tidak pernah wujud.





Menggunakan "fake account" pun sudah cukup membuktikan bahawa golongan ini adalah golongan yang tidak sanggup untuk dikritik dan takut untuk dikritik. Malah golongan ini juga takut untuk dipertanggungjawab atas kata-kata atau komen-komen sendiri untuk mengelakkan diri dihina dan dikritk. Ini adalah kerana tiada siapa yang mengenali mereka.





Di dunia maya, mereka inilah kebanyakkannya "keyboard warrior", bebas bergerak kemana-mana perbincangan group atau page sesebuah komiti untuk menyebarkan kekeliruan dengan mencabar mereka yang sedang cuba untuk membetulkan persepsi dan pemikiran orang ramai. Kehadiran mereka hanya lebih untuk mencabar untuk menyibuk dan mencelarukan pemahaman orang ramai, bukan untuk membantu. Mereka "selamat" adalah kerana identiti mereka yang tidak dikenali.





Malah ada golongan "fake account" dan "keyboard warrior" yang tidak beretika juga melakukan kegiatan buli siber kepada rakan-rakan dan sesiapa sahaja di alam maya jika seseorang itu tidak menjadi seperti apa yang pembuli siber ini inginkan. Pelbagai tuduhan dilemparkan tanpa bicara seolah-olah merekalah hakim dan merekalah pendakwa. Mereka ini lebih dilihat cenderung untuk mendapatkan perhatian orang sekeliling mereka dan mereka amat menyukainya lebih-lebih lagi apabila semakin banyak perhatian diberikan kepada mereka.




Namun disebalik itu juga, ada juga golongan anonymous ataupun "keyboard warrior" yang berhati mulia bertindak berjuang dalam kesamaran identiti untuk membantu golongan yang tertindas untuk melawan golongan yang menindas. Kesamaran identiti adalah satu kelebihan daripada segi keselamatan terutamanya apabila berhadapan dengan sesebuah organisasi atau kerajaan yang mengamalkan kuku besi dan menyekat hak kebebasan bersuara oleh rakyat. Beberapa tahun kebelakangan ini, golongan anonymous yang memperjuangkan nasib 99% penduduk dunia melawan 1% penduduk dunia ini semakin berkembang dan mula mendapat perhatian ramai. Ini adalah kerana misi mereka dan penubuhannya adalah untuk membantu, bukan untuk meranapkan.

Kesimpulannya, betulkan niat dan betulkan kaedah dalam mempengaruhi seseorang terutama di dalam alam siber. Menegur seseorang itu ada cara yang lebih baik. Bukan dengan menegur melalui "private message" dengan nada menghina dan merendahkan seseorang dengan anda yang menggunakan identiti seseorang yang tidak diketahui. Manusia tetap ada hadnya untuk bersabar.

Hapuskan "fake account user" yang menyebarkan fitnah dan prasangka. Bersihkan alam siber daripada buli siber.

Untuk " Fahmi Abdullah " - Fake Account User + Keyboard Warior yang tersungkur" dengan harapan semoga sedar akan kesilapan. dan kepada mana2 yang berniat nak jadi stalker.

Hanya sekadar pandangan oleh budak bodoh yang nak belajar.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...