Wednesday, 12 December 2012

Sejarah Suatu Petunjuk

Hari-hari belajar dari hidup.


Sejarah dunia kebanyakkannya ditulis dengan darah dan air mata. Tamak akan kuasa yang menjadi punca menyebabkan generasi terkemudian turut membawa luka akibat sejarah lantas mengulangi tanpa disedari. Clash of civilizations. Pencarian aku terhadap sejarah asal usul dunia seringkali memranjatkan dan terkadang membuat aku sedih dan ada juga sesekali membuat aku gembira.

" Generasi yang melupakan sejarah pasti akan mengulangi kesilapan yg sama "
                                                                                              Dr. Mahathir


Aku suka membaca sejarah. Kerana aku percaya, dengan mempelajari sejarah kita dapat mengetahui siapa diri kita. Semua perkara samada krisis, bencana dan segala kemaslahatan yang berlaku di dunia ini adalah kerana sejarah yg telah pun berlaku. Hari ini terjadi adalah kerana berlalunya semalam, maka sudah pasti semalam telah membentuk hari ini.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...