Wednesday, 5 June 2013

Taksub?


Aku terkilan apabila melihat mereka yang bersungguh-sungguh mahukan akhirat itu digelar taksub, fanatik hanya kerana mempunyai pemikiran yang lain daripada mereka yang berpemikiran sekular yang ternyata menyintai dunia melebihi segalanya. Golongan sekular ini bijak bermain kata, " Hidup perlu seimbangkan antara dunia dan akhirat seperti membahagikan peruntukkan untuk dunia dan akhirat 50-50. Dia juga mengatakan salah untuk taksub kepada akhirat. Tapi aku tahu, jauh daripada sudut hati mereka, mereka sebenarnya tidak suka akan melihat keadaan seperti itu. Mungkin kerana mereka jahil. Tapi alangkah teruknya mereka ini apabila jahil tetapi bertindak bijak.

Namun hakikatnya adalah mereka sendiri yang taksub kepada pemikiran mereka dan bertindak menutup peluang untuk berbincang dan lebih teruk lagi menutup akal untuk menerima. Islam bagi mereka hanya untuk ditikar sejadah, tidak gah untuk dibawa didalam kereta, Islam itu layaknya dipondok-pondok, tidak layak untuk dibawa ke Majlis-majlis besar dan untuk golongan elit... Maka kerana itu dengan mudah mereka menghina dan merendah-rendahkan pembawa dan pendokong Islam.


Aku lebih rela dibenci seluruh manusia didunia andainya itu mendatangkan cinta Allah kepadaku.
Aku lebih rela digelar taksub kepada agamaku andai itu mendatangkan syurga kepadaku.

Syurga itu terlalu mahal untuk amal yang sedikit dan tidak tanding nilainya. begitu mahal harga syurga itu sehinggakan mati adalah harganya. Aku lebih rela digelar taksub andai itu akan menaikkan agamaku.Kerana aku hanya hamba, kuli kepada agama ini. Kerana Islam akan tetap bersinar walaupun tanpa aku. Tapi aku akan lebih bahagia andainya aku yang menjadi api yang membawa cahaya Islam itu.

Islam tidak pernah memerlukan aku. Cuma aku yang memerlukan Islam.

Monday, 3 June 2013

Poker.

Hidup adalah seperti satu permainan.  Kalau hendak menang, mesti perlu ingat peraturan dan mempunyai akal.

Life is a gamble

Saturday, 1 June 2013

Teruskan Melangkah

Apabila palang yang menghadang perjalanan terlalu berat untuk diangkat. Susup melalui bawahnya atau langgarnya sahaja. Usah pedulikan mereka yang menjatuhkan. Perjalanan sudah terlalu jauh untuk berhenti ditengah-tengahnya. Keletihan akibat perjalanan sudah terlalu parah. Mengundur hanya menambah parah pada luka. Teruskan, usah mengundur. Tiada siapa tahu apa yang ada hadapan, dan tidak ada juga yang pasti seandainya berundur.. Pekakkan telinga.

Don't let the hard life pushes you around. Each push is life saying, "Wake up. There's something I want you to learn". Life pushes all of us around. Some give up. Others fight. A few learn the lesson and move on. They welcome life pushing them around. To these few people, it means they need and want to learn something. They learn and move on. Most quit, and a few like fight. Push back. Be the few.

Hidup perlu diteruskan. Life must go on.




Thursday, 23 May 2013

Untuk Apa kita bekerja?

Kehidupan dizaman kini seakan seperti satu sumpahan. Duit adalah satu kemestian dan satu kewajipan untuk meneruskan kehidupan. Aku bukanlah marhaen yang bercita memperjuangkan hidup yang serba-serbi percuma. Aku cuma idamkan nilai hidup yang sebenar yang mengatakan bahawa duit bukanlah segala-galanya yang kini seolah-olah telah menjadi satu mimpi yang langsung tidak akan menjadi kenyataan. Dan untuk mendapatkan duit, maka seseorang itu perlu bekerja.

Ketika di kedai makan, sambil menunggu hidangan yang dipesan. Aku membuka satu topik yang semestinya menjadi satu kebimbangan untuk setiap mahasiswa apabila tibanya atau sudah pun tamat begraduasi. Kerja. Sebenarnya untuk apa kita bekerja?

Adalah suatu kebiasaan untuk setiap mahasiswa untuk memikirkan masa hadapan. Ketelitian pelan masa hadapan yang dirancang akan menentukan tahap survival seseorang dalam merempuh hiruk-pikuk kehidupan kerana ada pepatah Inggeris mengatakan " If you fail to plan, you plan to fail. " Maka kesungguhan dalam menyusun pelan masa hadapan adalah suatu kemestian untuk memastikan kebahagiaan.

Namun apabila menyentuh aspek masa hadapan yang bersubjekkan  kerja dan kehidupan seorang mahasiswa, maka elemen subjek yang ketiga juga perlu diambil kira. Iaitu elemen kewangan. Kewangan adalah antara perkara yang menentukan keberjayaan seseorang. Mereka yang memiliki kewangan yang sihat adalah lebih cenderung untuk berjaya dan hidup bahagia.

 Berbalik kepada soal mahasiswa. Kini seperti telah menjadi trend, ramai pelajar meminjam wang dalam jumlah yang besar semata-mata untuk menempatkan diri mereka didalam kolej atau universiti hanya untuk segenggam degree yang masih juga belum menjamin prospek pekerjaan yang nyata. Mengikut sebuah laporan kajian yang dikeluarkan oleh MOHE dalam laman webnya pada tahun 2011 menyatakan bahawa sebanyak 24 peratus daripada graduan mengganggur setelah tamatnya pengajian dan antaranya adalah kerana kelayakan yang dimilliki tidak beresesuaian dengan permintaan pasaran.

Maka untuk menghadapi perkara ini, ramai daripada kalangan pelajar dan ibubapa beralih kepada IPTS yang menawarkan kursus dan pengajian yang dilihat lebih menepati kehendak pasaran. Masalah mula timbul apabila hutang dan pinjaman dibuat dalam jumlah yang besar semata-mata untuk menempatkan diri mereka di IPTS ini. Malah ada yang lebih malang lagi adalah apabila adanya antara pelajar kecundang di pertengahan perjalanan memburu segulung ijazah. Kehidupan pastinya sukar untuk membayangkan hutang pinjaman yang telah pun dibuat. Apatah lagi risiko di 'black-list'.

 Bebanan kewangan ini akan pasti lebih dirasai dan menjadi liabiliti seandainya pelajar-pelajar ini berasal daripada keluarga yang kurang upaya daripada segi kewangannya.


Perlumbaan adil? - Ihsan google


"Persoalannya, untuk apa kita bekerja ?"


"Untuk membayar hutang. Kita terpaksa berhutang untuk belajar dan kita terpaksa bekerja untuk membayar hutang. Dan akhirnya yang kaya sebenarnya adalah pengemis jalanan. Kenapa? kerana mereka tidak berhutang seperti kita. Kita kaya namun hakikatnya kita papa. "

Perbualan dihentikan. Namun tidak sekali-kali akan pernah berakhir. Sistem ini ternyata berjaya. berjaya "mendidik" manusia membanting tulang empat kerat sehinggakan ada yang patah terkulai dan ini juga adalah kisah tidak lain tidak bukan aku sendiri dan sesiapa sahaja yang menjadi "Mahasiswa Berhutang". Hutang perlu dibayar kerana ia adalah wajib. Namun bukan hutang yang aku minta mansuh, tapi sistem yang aku minta kaji.

Aku Hanya Marhaen 20-an, berhutang tidak sedikit pun kurang 5 angka

Nota kaki : Education is not a debt sentences

                               

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...