Wednesday, 22 June 2016

Things to avoid in Love







When You're Unafraid to Ask for a No, You Become Unstoppable

Success has a lot to do with momentum. What sets those who achieve their goals apart? They keep moving the ball down the court. They don't let obstacles derail them. They hang in there. What does that look like in practice? Abandoning fear of rejection, for one. Fear of rejection is crippling! We make the mistake of taking things personally when they're really just business. My advice? Be willing to ask for a yes or a no. Even better? Go one step further and get comfortable asking. Who has time to waste? Not you. Let me explain.
My expertise is in licensing product ideas for passive income, but this advice applies broadly. I often hear a version of the following story. After studying the market, developing a simple improvement to an existing product that offers a big benefit, creating a sell sheet, filing a provisional patent application, making a list of companies to contact, and reaching out to said companies -- lo and behold, you hear back. A company is interested! You're thrilled. Surprised even. Now what?
They have some questions for you -- like, do you have a prototype? So you set up a conference call. After establishing a rapport and supplying them with the information they need, they tell you they're going to evaluate the idea and get back to you. And then you wait. And wait. And wait. Eventually, it feels like forever has gone by! What gives? You know they're interested, or at least were. You have the email exchanges to prove it. But for whatever reason, progress has stalled. Momentum has ground to a halt.
You're not alone. I've experienced this exact scenario many times throughout my career as a product artist. What I suggest you do next took me many, many years to figure out. To be honest, there were times when I was just happy someone was looking at my idea. I was content with that, I guess. Don't be. I know better now.
Because the truth is sometimes you have to ask for a no to receive a yes.
It's simple. Send them an email asking, "Are you still interested? If so, what are the next steps?" You're giving them one last chance. If they aren't interested, you're ready to move on. You need to make that clear. The good news is if they are truly interested, they will get back to you quickly. This strategy is extremely effective; my students use it all the time.
We forget other people are busy. Why haven't they gotten back to me, we wonder silently. They're avoiding me, we think. We let our emotions run wild. We despair. But in reality, people go on vacation. The company might need to show your idea to their overseas manufacturer. Maybe they need to get it to a retailer. You just don't know. If you let your imagination run wild, you'll end up pulling your hair out.
Asking for a no doesn't feel good. You were so excited to hear from them. Now you're setting yourself up to be potentially rejected? I get it. But, you need to be able to do it. You can't let anyone hold you up. Time is extremely important in terms of dollars. So be polite, yet firm.
It's a balancing act, of course. Being patient is also necessary. How can you determine what's an appropriate length of time to wait and what's not? Ask. All companies and people have a way of doing things. What is their process for reviewing new ideas? How often do they meet to review new ideas? What can you expect? You need to give them enough time to do their job.
The only way to find out is to ask. Be courageous. It's the quickest way to regain momentum and keep moving forward.



Source

Saturday, 18 June 2016

Strategi PAS dan Blok Ke-3 Melawan PH dan BN

Strategi PAS Melawan BN dan PH. Keputusan Pilihan Raya Kecil di Kuala Kangsar dan Sungai Besar yang merupakan 'Kerusi Melayu' memberikan banyak sisi pandang baru. Pertandingan tiga penjuru ternyata merubah algorithm bilangan undi kepada pembangkang. Selepas retaknya Pakatan Rakyat, pembangkang kini berpecah belah dan berlawan sesama sendiri. Kewujudan Blok Ketiga diketuai oleh PAS telah membuka mata Blok Pakatan Harapan yg diketuai oleh DAP bahawa 50% daripada undi Melayu pembangkang adalah deposit tetap PAS. Amanah pula hanya hidup disebabkan oleh undi masyarakat cina dan india yang menjadi 1/3 daripada jumlah pengundi dikawasan tersebut, lebih malang lagi, Pakatan Harapan hanya mampu menarik peratusan kecil undi masyarakat Melayu diatas pagar yang mungkin kagum dengan aura Tun M. 50% undi kepada PAS adalah angka yang terlalu banyak yang boleh menatijahkan kepada jatuhnya kerajaan PH di Selangor, dan tambahan fenomena 'undi swing' masyarakat cina kepada BN memungkinkan Pulau Pinang kubu kuat DAP juga dalam keadaan yang bahaya. Malahan Najib Razak sendiri telah pun mengeluarkan kenyataan bahawa selangor akan jatuh ke dakapan BN pada PRU akan datang. PAS tidak disangkal lagi akan kembail kepada era 80-an, kehilangan semua kerusinya di Pantai Barat dan terpaksa berundur untuk berkubu di kawasan ' Malay Belt' iaitu, Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu di mana Amanah langsung tidak akan berpeluang untuk menang. Namun PAS sebuah parti organik yang sentiasa berubah semestinya sudah bersedia untuk menghadapi situasi ini. Apa yang perlu dicaturkan oleh PAS adalah bagaimana untuk menghadapi PRU-14 menentang dua pakatan yang besar iaitu Pakatan Harapan dan Barisan Nasional. PAS boleh memilih sama ada untuk bertindak agresif ataupun memilih untuk menjadi lebih defensif 1 -- Pendekatan Agresif-- Memandangkan PH melalui wakilnya Amanah telah memalu gendang perang untuk bertanding di kawasan PAS, maka PAS juga perlu melakukan perkara yang sama - bertanding di kawasan Pakatan Harapan terutamanya dikawasan 'Kerusi Campuran' dan 'Kerusi Cina' yang dipegang oleh PKR dan DAP. Jika Amanah diletakkan untuk melawan PAS di 'Kerusi Melayu' maka PAS perlu melobi IKATAN untuk bertanding di kawasan PKR dan DAP. Tidak dinafikan bahawa IKATAN adalah parti baru namun, Parti IKATAN adalah watak sesuai yang boleh digunakan untuk membawa misi tersebut. Inilah ujian pertama kepada Parti Ikatan yang perlu mereka bersedia untuk hadapi. Jika PRK lepas adalah 'litmus test' untuk Amanah, maka PRU-14 pula adalah 'Litmus test' untuk IKATAN. Sebagai multi-racial based party, IKATAN merupakan parti yang sesuai untuk menarik undi kaum cina dan India bagi menggantikan DAP dan PKR. Pendekatan IKATAN yang lebih pragmatis dan moderate semestinya menjadikannya platform yang terbaik untuk masyarakat yang tidak gemar akan PAS yang terlalu bersifat conservative dan traditional. Justeru PAS perlu membantu IKATAN untuk menambah bilangan ahli mereka supaya mereka dapat berdiri teguh bersama Blok Ke-3 untuk menghadapi PH dan BN. Perpecahan yang wujud dalam parti komponen Pakatan Harapan PKR dan DAP juga perlu di diambil kesempatan sepenuhnya oleh Blok ke-3. Memandangkan DAP sebelum ini pernah mencampuri urusan PAS sehingga tertubuhnya Amanah, PAS juga boleh membalas balik kebiadapan mereka dengan melobi mana-mana ahli mereka yang tidak berpuas hati dengan 'Dinasti Lim' untuk bersama dengan Blok Ke-3. Perpecahan didalam DAP yang terbahagi kepada 'Golongan Oxford' dan 'Golongan Pasar Malam' adalah perpecahan yang perlukan kepada hanya beberapa titik sentuhan untuk menanti belah. Memandangkan PAS sekarang ini sudah mampu untuk menarik mana-mana ahli UMNO yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan najib untuk berubah memilih PAS, maka PAS juga perlu terkehadapan lagi untuk membuka sasaran mereka untuk menarik mana-mana ahli PKR yang kini terbahagi kepada dua kem iaitu antara Kem Anwar dan Kem Azmin untuk bersama dengan Blok ke-3. Hubungan PAS PKR semasa di dalam Pakatan Rakyat ternyata meninggalkan pengaruh yang mendalam terhadap PKR. Sebahagian daripada ahlinya mengharapkan PAS dan hal ini diterjemahkan oleh tindakan Menteri Besar Selangor sendiri yang masih mempertahankan bahawa Kerajaan negeri miliknya adalah masih lagi kerajaan campuran antara PKR PAS dan DAP.. PAS terlalu sukar untuk dibuang oleh PKR kerana mereka bimbang ia akan menjurus kepada perpecahan parti tersebut. - Undi Melayu Kunci ke Putrajaya - Didalam tiga penjuru, semua parti adalah musuh. Selagi wujudnya tiga penjuru, selagi itulah pembangkang tidak akan mampu untuk menjatuhkan BN. Untuk memperkuatkan pembangkang, PAS boleh mempertimbangkan langkah agresif untuk menghancurkan Pakatan Harapan supaya sokongan pembangkang beralih bulat kepada blok ke-3. Sebagai parti teras melayu, PAS memegang undi kaum melayu dan undi Melayu adalah kunci kepada pembangkang untuk merintis jalan ke Putrajaya. Kerana Undi melayu inilah yang menyebabkan PAS berani untuk beranjak daripada meraih sokongan masyarakat cina dan india kepada meraih sokongan undi Melayu. PRU-13 mengajar kita bahawa walaupun Tsunami pengundi cina berlaku terhadap Pakatan Rakyat lebih daripada 90%, BN walaubagaimanapun tetap teguh dengan undi melayu mereka.. Berdasarkan kepada realiti itu, PAS mula merubah strategi untuk meraih sebanyak mungkin Undi Melayu dan inilah yang menjuruskan kepada tertubuhnya Blok ke-3 dan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) yang bertujuan untuk meraih undi melayu Umno/BN.


-- Pakatan Harapan perlu dilemahkan secara aggresif seandainya PAS bercita cita untuk terus kekal relevan dalam arena politik tanah air-- Oleh itu antara pilihan yang ada pada PAS adalah melaksanakan 'strategic destructive method' untuk memisahkan undi pembangkang supaya kerajaan Pakatan Harapan di Pulau Pinang dan Selangor tumbang.. Tumbangnya kerajaan PH di Selangor dan Pulau Pinang semestinya akan menyebabkan pemimpin PKR dan DAP melutut di hadapan muka pintu Presiden PAS di Rusila sambil mengakui kesilapan mereka memperlekehkan dan mempermainkan PAS.. Senario pemecahan undi ini tidak mustahil akan berlaku, apatah lagi setelah berlakunya peristiwa pemecatan wakil PAS daripada kerajaan Lim Guang Eng di Pulau Pinang. Dan PAS bukanlah melayu yang mudah lupa seperti penyokong Deklarasi rakyat dan Melayu UMNO, PAS semestinya tidak akan membiarkan keangkuhan DAP ini tidak terbalas. Dan PAS amat beruntung, ketiadaan pengaruh DAP dan PKR di "Malay Belt' menjadikan PAS adalah parti yang menanggung damage yang paling minimun dalam tindak strategic. Kerajaan Kelantan inshAllah akan tetap utuh dan fokus jentera PAS disebelah pantai barat bolehlah dialihkan sebahagiannya ke negeri kawasan 'Malay Belt'. Sekurang-kurang PAS akan menjadi lebih berfokus untuk menumpukan kekuatannya bagi menjatuhkan BN di the Malay Belt. Kekalahan dan kehilangan kerusi PAS di pantai barat semestinnya akan adalah collateral damage bagi strategi ini. Malahan PAS sudah awal-awal lagi sudah bersedia untuk menerima apa jua keputusan yang akan terjadi. Kerana bagi PAS, kekalahan adalah perkara biasa dan kemenangan sebenar mereka adalah diakhirat. Konsep redha dan konsep akhirat adalah dua konsep yang ganjil bagi mereka yang tidak bersama dengan PAS, walau bagaimana ganjil sekalipun, namun itulah akidah perjuangan Parti Islam Semalaysia.yang perlu mereka fahami. 2 -- Pendekatan Defensif -- Atau PAS mungkin boleh mengambil langkah kedua iaitu langkah defensif, bekerjsama dengan PH melawan BN seperti mana ketika zaman Gagasan Rakyat dan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) pada era 90 an melawan BN. But, where is the fun in that? Aku lagi suka melihat DAP dan PKR menjilat kaki PAS daripada melihat situasi kedua ni berlaku. 'One Mountain cannot contain two tiger'. Dalam merebut portion undi pembangkang bagi melawan BN, equationnya cuma satu, sama ada Pakatan Harapan milik DAP yang hancur ataupun Blok Ke-3 PAS yang tersungkur. Hanya dengan ini sahaja pembangkang akan dapat bersatu di bawah dibawah satu bendera. dan hanya selepas itu barulah pembangkang boleh berteriak untuk menjatuhkan BN. -syahmibaderus-

Thursday, 9 June 2016

Aku putus cinta.
Dan hati aku sekarang ni remuk sangat-sangat.Dah seminggu dah aku putus cinta.Tapi nak move on tu sangat-sangat pedih.
Dia adalah dunia bagi aku. Aku terlalu cintakan dia sampaikan aku butakan mata aku hanya untuk dia seorang.tak ada sedetik pun dalam hidup aku masa yg berlalu tanpa ada dia dalam ingatan aku.Dan sehingga kini pun nama dia masih lagi tetap dalam hati aku.
Aku marahkan diri aku sendiri, sebab terlalu dayus menyerahkan kepercayaan dan keyakinan kepada

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...