Monday, 16 December 2013

Perang Penyangak

Apa yang kelakar mengenai peperangan adalah mengetahui apabila seorang lelaki melancarkan suatu senjata yang nilainya sama seperti gajinya bekerja selama 100 tahun bekerja keatas seorang lelaki lain yang memerlukan 1000 tahun gajinya bekerja untuk membeli senjata yang sama.

Kita cuma adalah catur didalam peperangan ini. Pemainnya adalah penyangak-penyangak yang sentiasa inginkan akaun bank milik mereka sentiasa diisi dan semakin bertambah.



Setiap satu bedilan drone US di Yaman kosnya sama seperti membina 50 buah sekolah.




Saturday, 14 December 2013

Generasi Itu Datang, Dan Generasi Itu Pergi

Perubahan generasi membawa kepada perubahan pendekatan dan pelaksanaan. dan juga perubahan kepada situasi keadaan.  Terkadang aku terfikir, kenapa perlu generasi itu datang dan pergi? Kalaulah generasi itu tidak pergi, tidak mungkin perkara ini akan terjadi. Dan kemudian aku paham, ini adalah sunnatullah aturan yang telah ditetapkan oleh Sang Pencipta. Generasi itu sudah sememangnya bersifat datang dan pergi dan apa yang tertinggal untuk kita lakukan adalah untuk memastikan agar ada kesinambungan antara generasi awalan dan generasi terkemudian. Semestinya juga kesinambungan itu wajib dipelihara daripada terputus, kerana sekali terputus tali kesinambungan itu, maka tamatlah riwayat kehidupan keseluruhan generasi tersebut.

Friday, 13 December 2013

Mental Age

Aku terjumpa satu website menarik ni yang dikatakan boleh mengira umur mental seseorang dengan menjawab beberapa soalan.. Jadi dengan ingin tahunya aku pun cubalah jawab soalan tu.. 
Dan keputusannya.

tua juga pemikiran aku ni..lol
Sophisticated... hurm...






Kalau nak cube, ni amek lar link dia katsini   .

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...