Tuesday, 30 July 2013

Kekayaan Sebenar

Hari-hari belajar dari hidup


Apakah sebenarnya makna kekayaan.

Aku pernah mendengar satu kisah yang kini sentiasa terpahat dibenak pemikiran aku. Kisah perjalanan seorang insan bernama HAMKA dan seorang usahawan yang kaya.

Di waktu kereta usahawan yang kaya itu melalui sebuah bendang, usahawan kaya itu terlihat sebuah teratak di tepi bendang. Dan diteratak itu dilihatnya sepasang suami isteri sedang menikmati hidangan nasi putih dan berbekalkan sehidang lauk yang ala kadar selepas penat berbakti kepada bumi. Lalu dia berkata kepada HAMKA yang berada ditepinya.

" Tengok pasangan suami isteri itu, aku melihat mereka begitu puas sekali menikmati hidangan makanan itu. Walaupun lauknya ala kadar sahaja, namun aku melihat kepuasan yang ada  diwajah mereka tidak sama dengan kepuasan yang aku miliki walaupun setiap kali dihadapan aku dibentangkan dengan pelbagai lauk yang enak dan menyelerakan, namun semua itu tidak dapat memberikan kepuasan seperti mana sepasang suami isteri itu."



Anehkan dunia, apabila yang kaya merasa dirinya 'miskin', sedangkan yang kaya ikut logiknya akan mampu memiliki hampir segala apa yang dimahunya berbanding orang miskin yang hanya sekadar bermimpi untuk memiliki. Sebenarnya langsung tidak pelik sebab Allah lah yang Maha Pemberi Rezeki, dan rezeki yang diberikanNya itu adalah adil untuk setiap makhluk.

Kita dapat lihat, orang kaya dapat membeli pelbagai juadah yang enak, tapi mereka tidak dapat membeli deria rasa, dan ramai juga orang kaya berpantang untuk makan makanan yang berminyak dan bergula, disebabkan darah tinggi, kencing manis dan penyakit jantung.

Ada orang kaya yang rumahnya besar, tapi sunyi tanpa tangisan dan teriakan anak-anak berbanding orang miskin yang rumahnya sempit tapi riuh-rendah dengan tangisan dan anak-anak yang selalu bertengkar.




Jadi disini aku melihat dunia, manusia berlumba-lumba mengejar dunia untuk memenuhi satu ruang didalam hati mereka yang mustahil untuk dipenuhkan. Semata-mata untuk memenuhkan ruang itu ada yang sanggup melakukan apa sahaja sehinggakan melakukan perkara yang tidak terfikir dek akal manusia biasa.


Dek kerana terlalu kaya, seorang bilionair dari Abu Dhabi telah Sheikh Hamad bin Hamdan Al Nayan
telah membentuk grafiti berupa namanya yang bersai dua batu panjang sehinggakan mampu dilihat melalui Google Map.

Ini adalah sebuah gambar original, bukan photoshop

Ini adalah gambaran umat Islam, yang lupa akan tanggungjawab dan tujuan sebenar penciptaan dirinya.
Apakah layak mereka untuk menghabiskan harta mereka secara sia-sia seperti ini sedangkan di suatu sudut yang lain, ada umat Islam yang masih terfikir apakah mereka akan dapat makanan atau tidak untuk hari ini. Apakah golongan ini juga wajar berlaku sedemikian sedangakan ada diantara umat Islam di suatu perosok yang lain saban hari dibunuh dan dibinasakan hanya kerana mereka membawa nama sebagai umat Islam.

Inilah umatIslam yang tidak mempedulikan masalah saudaranya yang lain. Mereka inilah golongan yang mempunyai hati, tetapi tidak mampu melihat, mempunyai telinga, tapi tidak mampu mendengar, dan mempunyai akal, tapi tidak mampu berfikir. Bahkan merek lebih teruk daripada haiwan.

Mereka mempunyai harta, tapi mereka tidak tahu untuk membantu orang miskin, sedangkan Bill Gate Manusia yang terkaya didunia juga membelanjakan banyak bahagian hartanya untuk orang miskin di Afrika, walaupun Bill Gates itu bukanlah seorang muslim. 

Jadi persoalannya kini.. Apakah sebenarnya yang kita mahu? 


Apakah sebenarnya definisi 'kekayaan' yang ada pada diri kita?


"Money isn't a big deal when you have a lot of it, but when you don't have any, it's a very big deal."



Aku bukanlah insan yang menentang manusia untuk mengumpulkan kekayaan, kerana aku sedar, kitalah hanya satu-satunya species makhluk yang terpaksa membayar untuk hidup hidup di bumi ini. Aku tidak nafikan, kita memerlukan wang, tapi tidak seperti sistem kapitalis yang mengaut keuntungan tanpa memperdulikan akbat dan kesan terhadap mangsa mereka, dan aku juga bukanlah sosialis atau komunis yang terusan menafikan hak manusia untuk berharta, aku menyokong pandangan sistem Islam yang membenarkan manusi mengumpul harta dan kemudiannya mereka digalakkan untuk memberikannya kepada yang memerlukan.

cakaran kaki : sedang mendalami ideologi pemikiran manusia.

Monday, 8 July 2013

Life Is Just A Ride

The World is like a ride in an amusement park, and when you choose to go on it you think it's real, because that's how powerful our minds are. And the ride goes up and down and round and round, and it has thrills and chills and is very brightly colored, and it's very loud. And it's fun, for a while.

Some people have been on the ride for a long time, and they've begun to question, 'Is this real, or is this just a ride?', and other people have remembered, and they've come back to us and they say 'Hey, don't worry. Don't be afraid, ever, because this is just a ride.' and we KILL THOSE PEOPLE. 

"Shut him up! We have alot invested in this ride! SHUT HIM UP! Look at my furrows of worry. Look at my big bank account, and my family. This just has to be real."

It's just a ride.

But we always kill those good guys who try and tell us that. You ever noticed that? And let the demons run amok. But it doesn't matter, because ... It's just a ride.

And we can change it anytime we want. It's only a choice. No effort, no work, no job, no savings of money. A choice, right now, between fear and love. The eyes of fear wants you to put bigger locks on your door, buy guns, close yourself off. The eyes of love, instead see all of us as one.

Here's what we can do to change the world right now, to a better ride:

Take all that money we spent on weapons and defense each year and instead spend it feeding, clothing, and educating the poor of the world, which it would many times over, not one human being excluded, and WE CAN EXPLORE SPACE, TOGETHER, BOTH INNER AND OUTER, forever ... in peace.

-- Bill Hicks (1961 - 1994)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...