Kita hidup dalam kenangan silam. Yup, betul, sebab apa yg berlaku hari ini adalah merupakan akibat daripada keputusan yang kita pegang sewaktu dahulu.
Kita ada pilihan. Life is all about choices. We need to make our choice.
Kita ada pilihan, samada hendak menjadi perengus atau peramah, menjadi bodoh atau genius. Menjadi orang yg dimotivasikan atau pun menjadi orang yg memotivasikan. Semuanya berbeza. Kadang-kadang untuk mencapai sesuatu tu, kita perlukan something like 'pusher'. Tapi kita takkan selamanya akan di'push' dan kita takkan selamanya di 'guide'. Perlu ada masa untuk kita start untuk guna otak kita. Berfikir sendiri.
Bagi aku, aku seorang yang dahulunya suka sangat di'push' oleh perasaan. Perasaan ingin menjadi hebat lebih daripada kawan-kawan genius sekelas. Feeling to be acknowledged by somebody. That's me. Itu yang menjadikan aku seseorang yg self-motivated. Sewaktu di bangku sekolah dulu, aku memotivasikan diri aku untuk belajar dengan menjadikan pelajar yg paling pandai sebagai pesaing@musuh. Itu sebab aku dahulunya belajar dengan bersungguh-sungguh.
Aku dahulunya seperti budak 'nerd' yang sentiasa dengan buku di tangan. Belajar x kira masa. Semasa sekolah menengah rendah. Aku bergerak ke sekolah dengan menunggang basikal. Kadangkala dengan merempit berbasikal bersama sahabat2. Seronok menunggang beramai-ramai.
Pada mula2 aku berbasikal ke sekolah adalah pada tingkatan satu. Ramai waktu tu yang turut sama berbasikal bersama aku. Sambil berbasikal sambil berlumba. Exercise di waktu pagi.
Memang seronok. Tapi lama kelamaan. Bilangan sahabat2 yang bersama aku mula makin berkurang. Dari sepuluh orang kemudian berkurang menjadi 9 orang. Kemudian menjadi 7 orang. Kemudian menjadi 4 orang dan hinggalah pada akhirnya tinggal aku berseorangan. Hurm.. Apakah sume ini? Hahaha.. Tapi aku tetap pilih untuk meneruskan berbasikal ke sekolah.. Kenapa? Adakah kerana orang lain tidak melakukan apa yg kita buat maka kita sanggup berputus asa daripada apa yg selama ini kita seronok lakukan? Tak, aku akan tetap dengan memilih menjadi diri aku.
Adakala ketika aku berseorangan berbasikal, aku berkhayal.. Berkhayal tentang dunia dan isinya. Aku berkhayal akan masa hadapan. Adakala mengenang dosa silam, lantas menjadikan sedar fungsi kewujudan di muka bumi. Ketika hujan merintik, aku tetap dengan kayuhanku. Menikmati tirisan air hujan dari kaki langit yg ramai manusia lebih suka lari dari menghayati. Terkadang kuyup juga apabila hujan tersangat lebat. " Arghh, apa peduli, hujan tidak akan sesekali mampun mengubah cerita hidup aku" . Betul, hujan cuma mampu menjadikan hidup aku lebih menarik..
Langit keruh, adakah aku gemuruh?