" Boleh jer, tapi henset saya ni ape lar ada, lagu pun sket jer. " Aku membalas, terkejut gak aku tiba - tiba aku disapa.. Baru nak mengelamun.
Aku melihat pengunjung di pasaraya ini yg menjadi tempat bos aku berniaga penuh dengan manusia yg mencari barang-barang keperluan mereka. Ada yang saja datang untuk melihat lihat, dan ada yang datang bersama teman istimewa untuk berdating mungkin.
" Bos nak lagu ape bos? " Aku bertanya.
" Aku nak MP3 lagu tajuk Muk.." Bos aku meminta.
![]() |
Nama binatang ni adalah Muk. |
" Muk?" Aku kehairanan. Mane plak aku pernah simpan lagu kumpulan Muk dalam henset W580i aku ni. Jap.. Jap, ada ker kumpulan Muk?? Aku bertambah konfius. Setahu aku Muk yg aku kenal adalah sejenis pokemon yang berwarna ungu yang badan cam lumpur tu.
" Bos nak Muk pokemon tu ker?" Aku beranikan bertanya.
" Weh, Muk pokemon tu wat natang aper.. Yang tu sket habuk pun aku tak gune. Aku nak Surah Muk tu. Mung ni pun syahmi, pelik betul lar." Bos aku membalas.
" Oh , Al - Mulk... Cakaplah awal - awal. Kalu surah tu saya ada r. Hahaha, Ingatkan Muk pokemon tadi." Aku membalas, sambil mem'bluetooth'.
Seringkali kita tersilap menafsir seseorang.. Kita rasa kita hebat, kita lebih berilmu. Lantas menjadikan kita ego. Buta dalam melihat perkembangan orang lain yg berusaha untuk menjadi baik.
Dari jauh aku melihat bos aku mendengar dengan khusyuk mp3 yg baru aku bluetooh tadi. Arghh.. aku tinggalkan dia sementara, memikirkan apakah aku juga sedang berubah sepertinya.
p/s: Ilmu umpama air, mengalir dari tempat tinggi ke tempat rendah. Rendahkan dirimu dalam menuntut ilmu. Kamu akan belajar dari sesiapa sahaja yang kamu jumpa.