Wednesday, 29 August 2012

OMEGA

OMEGA : Kenangan SASER

Omegarian bergambar di Subang ketika
melawat Zharrieq Haizad (baju biru seluar slack)

Thursday, 23 August 2012

TERENGGANU

Terengganu. Satu perkataan yg membawa maksud yg amat bermakna.

Menjadi seorang mahasiswa di sebuah universiti terkemuka di Malaysia, aku mula belajar bahawa yang aku ini rupanya ada jiwa pegembara. Aku selalu mengembara, melihat tingkah laku manusia, sikap, dan pelbagai lagi. Kata orang , makin jauh berjalan, makin bertambah pengalaman. Itu yg aku tujui. Setelah beberapa lama berjalan, baru aku tahui, aku sangat2 menghargai negeri orang, tapi aku kurang menghargai diri sendiri.

      Negeri Terengganu ternyata berbeza. Aku dapat rasakan roh islam itu wujud didalam negeri ini, tidak seperti yg aku rasakan ketika aku mengembara di tempat lain. Khatib-khatibnya menyampaikan khutbah dengan bersemangat sekali, seolah-olah menegembalikan siapa aku yg sebenarnya kini, bagaikan terkejut dari lena..



Syahmi - simpan hasrat untuk mengembara ke luar negeri...

Thursday, 9 August 2012

Mencari Erti Pengorbanan





"Enta perlu berkorban syahmi. Berkorban untuk orang lain" Suara itu mendesak.

" Walaupun terpaksa korbankan diri sendiri? Korbankan perasaan diri? " Aku membalas

" Ya, walaupun terpaksa korbankan diri. Sebab itulah pengorbanan itu manis "

" Walaupun terpaksa lupakan hasrat diri? Impian diri? Harapan diri? Untuk penuhi keinginan orang lain? "

" Tu soalan untuk perangkap ana tu.. haha " Dia tersenyum mendengar putar belit aku.

Aku sentiasa rindukan saat ini. Saat ketika aku dan beliau bercakap mengenai prinsip hidup, mengenai arah tuju hidup.
Umur setahun jagung aku ternyata perlukan banyak bimbingan. Perlukan banyak pentaksiran, perlukan banyak kefahaman.

Menyedari aku seakan - akan mula hilang arah tuju, beliau mula memahami aku. Mencuba memujuk aku. Terkadang diri ini ampuh, terlalu fanatik mendokong pemikiran sendiri yg tidak boleh digauli pemikiran orang lain..

Kematangannya berkata-kata menjadikan aku terkadang kelu, benarlah, dialah Juara Pendebat Terbaik Peringkat Negeri, tapi aku menyedari apabila dia berkata-kata, dia menyembunyikan hakikat itu. Merendahkan diri. Menyetujui dan tidak menyentujui perkataan aku. Baginya aku ada benarnya, walaupun hakikatnya aku merasakan kesalahan aku ini.

Aku terlalu keras dengan prinsip aku. Sombong. Pentingkan diri. Tapi dia tidak pernah menyalahkan.

Sungguh aku rindu akan dia.. Seorang Akhi..


Monday, 6 August 2012

Geli

  Kekadang geli geliman dirasakan..
Apabila dipaksa menerima perasaan yg pelik.
Menahan kerenah kawan yg pelbagai.
Yg giler2 memang aku giler,
Yg jiwang2 memang aku pun mengaku aku jiwang,
Tapi biler yg lovey dovey...
Ekk.. Ya Allah, terasa cam perlukan awek disisi,
Untuk me'neutral'kan hati kembali..
Arghh.. Aku rasa cam nak lari.

Kenapa mesti aku?!!
Orang lain ramai agi..
Carilah orang lain..
YA ALLAH.. Tolonglah aku..
Ni kengkadang rasa cam kahwin cepat ni..
haha.haha.. (Ye lah, ngan bini r kite citer sume)
Gatal plak aku ni..



p/s: Hidup semakin hari semakin pelik.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...